suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesara terputus belanja, akaun bank disekat sebab kes scam! Jangan panik, TNG eWallet boleh jadi ‘talian hayat’ kedua

Akaun bank pesara warga emas berisiko disekat akibat kegiatan penipuan siber. -Gambar hiasan AI

GOLONGAN warga emas terus menjadi sasaran utama jenayah penipuan siber atau scam yang selalunya melibatkan kerugian wang ringgit dalam jumlah yang amat besar.

Impak jenayah ini bukan sahaja meleburkan wang simpanan, malah boleh menyusahkan mangsa apabila akaun bank mereka terpaksa disekat dan dibekukan oleh pihak berkuasa dalam tempoh tertentu bagi tujuan siasatan.

Kesan penderitaan ini paling dirasai oleh kumpulan pesara kerajaan apabila mereka berisiko tinggi terputus punca pendapatan pencen bulanan disebabkan masalah akaun yang disekat itu.

Menyedari kepayahan tersebut, kerajaan kini menyediakan saluran penerimaan pencen baharu iaitu menerusi aplikasi Touch ’n Go (TNG) eWallet sebagai pilihan alternatif selain akaun bank biasa.

Mengulas mengenai inisiatif berkenaan, perunding kewangan dan saham yang dikenali sebagai DausDK di laman Threads menjelaskan ia adalah sebahagian daripada usaha murni kerajaan bagi membantu golongan terjejas.

Melihat ia sebagai 'talian hayat' kedua buat kumpulan pesara yang terjejas, penggunaan TNG e-Wallet disifatkan sebagai perkhidmatan yang lebih mudah diakses, selamat dan sangat praktikal.

"Bayangkan pencen masuk setiap bulan tapi duit sendiri tak boleh dikeluarkan. Ini memang berlaku apabila akaun bank pesara dibekukan selepas terlibat dalam kes scam.

"Yang sedihnya, ada yang bukan scammer pun, mereka sendiri mangsa penipuan tapi apabila akaun terlibat dalam siasatan, akses kepada duit boleh jadi terhad.

"Sebab tu kerajaan buka satu lagi saluran alternatif untuk bayaran pencen. Tapi ia bukan untuk gantikan akaun bank. Pesara yang selesa guna bank masih boleh teruskan macam biasa," katanya. 

Terdahulu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, inisiatif tersebut bertujuan memperkukuh kebajikan pesara selaku pemegang taruh utama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi penyampaian perkhidmatan yang lebih mudah diakses.

Jelasnya, penggunaan TNG e-Wallet sebagai saluran alternatif pembayaran pencen adalah inisiatif pertama yang diperkenalkan bagi membantu pesara berdepan kekangan menerima pencen akibat akaun bank dibekukan atau disekat, termasuk mereka yang menjadi mangsa penipuan kewangan.

Artikel Lain