UMUM mengetahui bahawa dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditubuhkan bagi menjamin serta melindungi masa depan persaraan tenaga kerja di Malaysia.Namun begitu, masih ramai pasangan suami isteri yang kurang cakna bahawa pengagihan wang KWSP tertakluk kepada hukum syarak yakni faraid ataupun mengikut kata sepakat sesama ahli waris.Golongan isteri menjadi pihak yang paling terkesan dalam isu ini apabila ramai tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya tiada hak 100 peratus ke atas simpanan KWSP suami, biarpun nama diletakkan sebagai penama. Perunding takaful dan pengurusan harta pusaka Ayuni Syukur menerusi perkongsian di laman Threads berkata, peranan sebenar penama hanyalah sekadar memudahkan urusan pengeluaran simpanan.ARTIKEL BERKAITAN: Ahli boleh pindah duit KWSP ke akaun simpanan pasangan, anakARTIKEL BERKAITAN: Hibah RM1 juta akhirnya kekal milik balu... Keluarga arwah suami gagal cabar hak isteriMalah menurutnya, tiada sebarang jaminan automatik untuk penama memiliki sepenuhnya manfaat daripada simpanan si mati."Ahli waris boleh menentang wasiat, mereka berhak mendapat bahagian faraid daripada duit KWSP tu."Tapi Wasi ataupun Pentadbir Harta Pusaka yang kita lantik melalui wasiat akan memastikan duit KWSP kita digunakan dahulu untuk membayar hutang-hutang bank, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) atau sesama manusia. "Wasi juga akan memastikan hasrat satu per tiga kita untuk tujuan infak dilaksanakan dahulu sebelum dibuat pembahagian faraid," ujarnya.Mengulas mengenai beberapa langkah bijak yang boleh diambil bagi memastikan si isteri mendapat hak yang sewajarnya, Ayuni menyarankan pengambilan pelan hibah takaful sebagai solusi utama.Jelasnya, hibah takaful menjanjikan pengagihan secara mutlak dan penuh buat si isteri tanpa sebarang gangguan pihak lain, bergantung kepada jumlah simpanan yang telah ditetapkan oleh si mati."Simpanlah di pelan hibah takaful untuk isteri kita kerana memang ada akta yang melindungi pemilikan wang dihibahkan kepadanya."Jika kita ingin hibahkan RM100,000 kepada isteri, RM100,000 la dia akan dapat nanti, jika kita ingin hibahkan RM1 juta, RM1 juta yang akan dia terima."Itulah nanti menjadi nafkah terakhir kita untuknya, apabila isteri kita hidup senang, anak-anak kita pun tentu bahagia," katanya.Pun begitu, si isteri tetap mempunyai hak untuk menuntut simpanan KWSP arwah suami, namun kelancaran proses berkenaan sangat bergantung kepada sama ada proses penamaan telah dibuat lebih awal atau ataupun tidak.Jika ada penamaan, proses tuntutan akan lebih mudah namun sekiranya tiada, pembahagian akan dibuat mengikut hukum faraid sepenuhnya.