suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai gelojoh, tak sedar beli emas saiz berat boleh jadi rugi! Lagi untung mula simpan 0.5 gram

Trend menyimpan emas semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat sebagai pelindung nilai masa depan. -Gambar hiasan AI

SEJAK kebelakangan ini trend menyimpan emas kian menular dalam kalangan masyarakat, terutamanya generasi muda.

Sukar untuk dinafikan bahawa simpanan emas boleh dijadikan sebagai cagaran paling bernilai tatkala ditimpa musibah, memandangkan nilainya yang semakin melonjak saban tahun.

Namun begitu, masih ramai yang belum cakna tentang kaedah menyimpan emas yang mampu memberi keuntungan sebenar.

Rata-rata individu beranggapan bahawa memiliki simpanan emas dalam jumlah yang besar sekali gus adalah jaminan keuntungan masa depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Emas bertukar jadi beban! Pemuda menyesal buat ‘overlap’, sesak dada bayar upah simpanan ar-rahnu lebih RM144,000

Walhal tanpa strategi yang betul, ia sebenarnya boleh mengundang kerugian.

Menerusi satu perkongsian di Threads, usahawan pelaburan emas, Amiraz Zaini ada berkongsi sebab mengapa simpanan emas yang paling menguntungkan sebenarnya wajar dimulakan dengan jumlah kecil dahulu.

Jelasnya, kebanyakan individu terlampau gopoh membeli emas dengan berat yang tinggi sedangkan ia sepatutnya dilakukan mengikut kemampuan bajet bulanan masing-masing.

"Beli emas 10 gram sekali gus selalunya berakhir dengan niat yang mati separuh jalan. Simpanan sangkut sebab bajet bulanan terpaksa dikorbankan.

"Sebenarnya, strategi simpanan bermula dengan 0.5 gram atau 1 gram jauh lebih baik untuk bina habit tanpa rasa terbeban," katanya.

Turut menyenaraikan tiga faktor utama mengapa pentingnya menyimpan emas dengan berat yang rendah, Amiraz berpendapat kaedah ini lebih berbaloi untuk jangka masa panjang.

"Pertamanya, psikologi tenang. Beli 0.5 gram tak ganggu komitmen utama, tak rasa 'berkorban' sangat setiap bulan.

"Keduanya, likuiditi tinggi. Kalau terdesak nak pakai duit, boleh jual sekeping kecil sahaja. Tak perlu cairkan semua simpanan yang ada.

"Ketiga, ia mudah jadi tabiat yang konsisten. Memang senang nak buat secara automatik, cuma kena faham spread harga emas saiz mini ni biasanya lebih tinggi berbanding jongkong besar. Apabila bajet dah stabil, barulah fikir untuk upgrade ke saiz lebih besar," katanya.

Artikel Lain