MEMBESAR dalam keluarga B40, seorang lelaki tampil berkongsi beberapa kesilapan pengurusan kewangan yang pernah dilaluinya, sekali gus bertekad tidak mahu mengulangi perkara sama ketika mendidik anak-anak kelak.Menurut Afham Yusof, golongan yang membesar dalam keluarga berpendapatan rendah kebiasaannya hanya didedahkan dengan amalan menyimpan duit semata-mata. Namun malangnya, mereka jarang sekali diajar cara mengurus, mengembangkan apatah lagi melaburkan wang dengan betul.Menerusi pengalaman hidupnya, Afham menggariskan tiga salah faham utama mengenai kewangan yang pernah mengubah sudut pandangannya:1. Simpan duit akan buat anda kayaBagi Afham, menyimpan duit memang penting tetapi ia sahaja tidak cukup untuk membina kekayaan, terutama bagi matlamat kewangan jangka panjang.Ini kerana nilai wang boleh susut akibat inflasi.Sebagai contoh, RM1,000 yang disimpan hari ini masih bernilai RM1,000 pada masa akan datang dari segi jumlah, tetapi kuasa membelinya mungkin berkurang.Jadi, simpanan perlu dilihat sebagai asas kewangan, terutama untuk kecemasan.Manakala, sebahagian wang yang tidak diperlukan dalam masa terdekat boleh dipertimbangkan untuk pelaburan mengikut tahap risiko masing-masing.2. Kad kredit itu 'jahat'Kad kredit juga sering dianggap sesuatu yang perlu dielakkan, namun Afham melihatnya secara berbeza.Jika digunakan dengan disiplin dan baki dibayar penuh setiap bulan, kad kredit boleh memberikan beberapa manfaat seperti membantu membina rekod kredit (credit score), mendapatkan mata ganjaran, pulangan tunai serta promosi tertentu.Apa yang perlu dielakkan ialah penggunaan kad kredit secara berlebihan sehingga hutang terkumpul dan tidak mampu dibayar.Pelaburan melalui platform dan saluran betul boleh menguntungkan. -Gambar hiasan AI3. Orang kaya sahaja boleh beli sahamAfham turut menolak tanggapan bahawa pelaburan saham hanya untuk golongan kaya atau mereka yang mempunyai modal besar.Menurutnya, pelaburan boleh dimulakan dengan jumlah kecil sambil seseorang belajar memahami pasaran dan mengurus risiko.Malah, Afham yang banyak berkongsi mengenai simpanan dan pelaburan di platform TikTok, mengakui dia sendiri mula melabur dengan RM100 ketika masih belajar.Afham turut menyarankan golongan muda supaya mengenali Exchange-Traded Fund (ETF), iaitu dana yang didagangkan di bursa seperti saham dan biasanya menjejaki prestasi indeks atau kumpulan aset tertentu.Melalui ETF, pelabur boleh mendapat pendedahan kepada pelbagai aset dalam satu pelaburan, sekali gus membantu mempelbagaikan portfolio tanpa perlu membeli setiap aset secara berasingan.Di Malaysia, terdapat ETF yang memberikan pendedahan kepada pasaran tempatan dan antarabangsa termasuk saham, bon serta komoditi.Selain ETF, amanah saham juga boleh dipertimbangkan oleh mereka yang mahukan pilihan pelaburan yang lebih mudah.Bagi yang baru bermula, pelaburan boleh dibuat secara kecil tetapi konsisten menerusi kaedah dollar-cost averaging (DCA), iaitu melaburkan jumlah wang yang sama secara berkala tanpa terlalu memikirkan turun naik harga pasaran.Bina asas sebelum mula melaburBagaimanapun, bagi yang baru hendak bermula, Afham menekankan kepentingan membina asas kewangan terlebih dahulu.Antaranya menyediakan tabung kecemasan dengan tiga hingga enam bulan perbelanjaan asas, membezakan keperluan dan kehendak, mengawal hutang serta menyimpan secara konsisten.Selepas kedudukan kewangan lebih stabil, barulah pelaburan boleh dimulakan secara berperingkat mengikut kemampuan.