MENGURUSKAN kewangan bukan sekadar memastikan wang sentiasa mencukupi hingga hujung bulan, sebaliknya memerlukan perancangan lebih sistematik agar setiap sen simpanan dan perbelanjaan mempunyai tujuan yang jelas.Menurut Perunding Kewangan Berlesen, Muhammad Faizul Fakar, antara langkah bijak yang boleh diamalkan ialah mengasingkan wang mengikut fungsi tertentu berbanding menghimpunkan semuanya dalam satu akaun. 1. Dana kecemasanSimpan dalam instrumen berisiko rendah seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) dengan sasaran tiga hingga enam bulan perbelanjaan bagi menghadapi situasi tidak dijangka.2. Tabung ibadahAsingkan simpanan khusus untuk haji atau umrah, contohnya melalui Tabung Haji supaya sasaran lebih mudah dicapai.3. Money Market Fund (MMF)MMF atau Dana Pasaran Wang ialah sejenis instrumen pelaburan berisiko rendah yang sesuai dijadikan tempat menyimpan wang bagi menampung perbelanjaan atau komitmen pada masa hadapan.Dengan adanya tabung ini, dana kecemasan tidak perlu digunakan untuk menampung perbelanjaan yang sememangnya telah dijangka seperti cukai jalan, belanja sekolah, percutian atau musim perayaan.4. KWSP atau PRSJangan bertangguh merancang persaraan dengan membuka tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Skim Persaraan Swasta (PRS). Lebih awal mula menyimpan, lebih besar potensi simpanan berkembang pada masa hadapan.5. Akaun harianGunakan untuk menerima gaji, membayar komitmen dan mengurus perbelanjaan bulanan. Elakkan mencampurkan wang simpanan dengan duit belanja harian.6. Unit TrustSesuai untuk matlamat kewangan lima tahun ke atas bagi memberi peluang wang berkembang melalui pelaburan.Menurut Faizul, orang ramai tidak perlu tergesa-gesa membuka kesemua tabung tersebut secara serentak. Sebaliknya, pastikan setiap ringgit diterima mempunyai tujuan tersendiri supaya pengurusan kewangan menjadi lebih teratur dan matlamat kewangan masa depan lebih mudah dicapai.