suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sesak nafas kena bayar hutang RM4,200 sebulan, jurutera bergaji RM5,500 kini mampu tersenyum... Jumpa cara baiki aliran tunai

Masalah hutang yang tinggi boleh menjadi punca seseorang mengalami tekanan. -Gambar hiasan AI

MASALAH pinjaman sering ditolak walaupun mempunyai pendapatan tetap dan kukuh bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan pemohon.

Ramai menyangka faktor gaji tidak mencukupi merupakan sebab sesuatu permohonan itu gagal, sedangkan aspek utama yang dinilai institusi kewangan ialah tahap komitmen bulanan dan jumlah hutang sedia ada.

Menerusi satu perkongsian oleh Perunding Kewangan, Azim Mohd Asri, dia mendedahkan kes melibatkan seorang jurutera syarikat swasta yang mengalami kegagalan memohon pinjaman sebanyak tiga kali, berpunca daripada pengurusan komitmen yang tidak teratur.

Individu terbabit 'terjerat' menanggung empat pinjaman peribadi serta tunggakan kad kredit, menyebabkan komitmen bulanannya melambung sehingga 85 peratus daripada pendapatan bersihnya yang berjumlah RM5,500 sebulan.

Impaknya, sebahagian besar gaji digunakan untuk membayar hutang setiap bulan, sekali gus menyukarkan individu berkenaan menguruskan perbelanjaan harian dan menjejaskan kedudukan kewangannya.

Dalam penilaian bank, jumlah akaun pembiayaan aktif serta nisbah komitmen hutang (debt service ratio) menjadi penanda aras penting sebelum sebarang permohonan baharu diluluskan.

Bagi mengatasi masalah tersebut, Azim menyarankan kaedah penyatuan hutang atau debt consolidation bagi membantu memperbaiki aliran tunai peminjam.

Hasil penyusunan semula komitmen itu, bayaran bulanan jurutera berkenaan berjaya dikurangkan sebanyak 48 peratus, iaitu daripada RM4,200 kepada kira-kira RM2,100 sebulan. 

Pengurangan itu memberi lebih ruang kepada aliran tunainya untuk menampung keperluan dan perbelanjaan harian serta mengurus kewangan dengan lebih teratur.

Impak positif penstrukturan ini turut melonjakkan semula kelayakan kredit beliau sehingga permohonan pembiayaan baharu berjaya diluluskan, termasuk pembiayaan tambahan sebanyak RM30,000 bagi menyelesaikan baki komitmen tertunggak.

Sehubungan itu Azim turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menunggu sehingga rekod kredit menjadi semakin buruk atau berdepan tindakan undang-undang sebelum mendapatkan nasihat kewangan.

Untuk makluman, penyatuan hutang ialah proses menggabungkan beberapa pinjaman atau baki kad kredit kepada satu pembiayaan baharu dengan hanya satu bayaran bulanan. 

Kaedah ini membantu memudahkan pengurusan kewangan, selain berpotensi mengurangkan kadar faedah dan mempercepatkan proses penyelesaian hutang. 

Di Malaysia, kebanyakan bank utama turut menawarkan pelan pembiayaan khusus bagi tujuan tersebut.

Artikel Lain