KEHILANGAN pekerjaan, kerosakan kenderaan atau masalah kesihatan boleh berlaku secara tiba-tiba dan memerlukan wang dalam jumlah yang besar.Tanpa persediaan kewangan yang mencukupi, seseorang mungkin terpaksa menggunakan kad kredit, membuat pinjaman atau meminjam daripada ahli keluarga bagi menampung keperluan mendesak. Justeru, dana kecemasan penting sebagai ‘pelampung’ kewangan agar perbelanjaan harian masih dapat diteruskan ketika berdepan situasi tidak dijangka.Namun, masih ramai yang tidak tahu jumlah perlu dikumpulkan serta cara memulakan simpanan tersebut.Menerusi perkongsian di Threads, perancang kewangan Iman Abdul Rahim berkongsi panduan mudah untuk membina dana kecemasan secara berperingkat.1. Tetapkan sasaran enam bulan perbelanjaanLangkah pertama adalah mengira jumlah perbelanjaan bulanan bagi membolehkan anda mengetahui kos 'tetap' yang perlu dikeluarkan.Mengetahui kos perbelanjaan bulanan dapat membantu menegtahui dana kecemasan. -Gambar hiasan AIKemudian darabkan dengan enam bulan iaitu tempoh dana kecemasan yang telah ditetapkan.Sebagai contoh, individu yang membelanjakan RM2,000 sebulan disarankan menyediakan dana kecemasan sebanyak RM12,000.Jumlah tersebut mampu menampung keperluan asas selama enam bulan sekiranya anda hilang punca pendapatan atau berdepan perkara tidak dijangka.2. Simpan sedikit demi sedikitTidak perlu memaksa diri mengumpulkan RM12,000 dalam tempoh singkat kerana simpanan boleh dilakukan secara konsisten mengikut kemampuan.Menurut contoh diberikan Iman, seseorang boleh memperuntukkan RM600 setiap bulan untuk membina dana kecemasan berkenaan.Jika jumlah tersebut disimpan secara berterusan, sasaran RM12,000 boleh dicapai dalam tempoh 20 bulan.ARTIKEL BERKAITAN: Raya, cukai jalan bukan kes kecemasan! Pakar kongsi rahsia urus gaji lebih teratur, perjelas konsep ‘emergency and sinking fund’3. Bahagikan simpanan kepada dua tempatIman turut menyarankan agar dana kecemasan tidak diletakkan sepenuhnya dalam satu akaun.Sebanyak satu pertiga daripada simpanan bulanan boleh ditempatkan dalam akaun yang mudah dikeluarkan, manakala dua pertiga lagi disimpan di tempat yang sedikit sukar diakses dan berisiko rendah.Daripada simpanan RM600 sebulan, sebanyak RM200 boleh dimasukkan ke dalam akaun mudah akses seperti bank.Baki RM400 pula boleh disimpan menerusi instrumen seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Tabung Haji.4. Pastikan sebahagian wang mudah digunakanSelepas berjaya mengumpulkan RM12,000, Iman mencadangkan agar dana bersamaan dua bulan perbelanjaan atau RM4,000 diletakkan dalam akaun yang mudah diakses.Wang tersebut boleh digunakan serta-merta sekiranya berlaku kecemasan tanpa perlu menunggu proses pengeluaran daripada instrumen simpanan lain.Baki RM8,000 pula boleh terus diletakkan dalam ASB atau Tabung Haji supaya tidak mudah digunakan bagi tujuan yang bukan kecemasan.