suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berbelas tahun bayar tapi baki prinsipal tak kurang... Ini kesilapan bayaran bank ramai tak sedar!

Kunci utama memendekkan tempoh pinjaman terletak pada disiplin diri dan keutamaan mengurangkan baki prinsipal. -Gambar hiasan AI

MEMILIKI rumah sendiri merupakan impian setiap orang, namun tempoh pinjaman yang mencecah 30 hingga 35 tahun sering membuatkan pemiliknya terpaksa menanggung komitmen bulanan sehingga usia persaraan.

Bagaimanapun, tidak ramai menyedari bahawa ada strategi berkesan yang boleh membantu mengurangkan tempoh pinjaman sekiranya dilakukan secara konsisten sejak awal.

Menerusi satu perkongsian di Threads, pengguna dikenali sebagai Puan Principal mendedahkan dia berjaya bebas hutang pada usia 51 tahun selepas memendekkan tempoh pinjaman rumah daripada 30 tahun kepada hanya 18 tahun.

Berkongsi pengalaman peribadi, ujarnya dia membeli sebuah rumah jenis banglo lot sudut pada tahun 2005 untuk dijadikan tadika.

Pembiayaan dibuat selama 30 tahun dengan ansuran bulanan adalah sekitar RM1,836.

Katanya, titik perubahan bermula pada tahun 2019 apabila seorang pelanggan tadikanya berkongsi satu kaedah mudah untuk mempercepatkan penyelesaian pinjaman perumahan.

Mengikut perkongsiannya, berikut antara langkah yang diamalkan sehingga berjaya memendekkan tempoh pinjaman perumahan.

Bayaran awal pinjaman sering dikaitkan dengan interest. -Gambar hiasan AI

Bayaran awal pinjaman sering dikaitkan dengan interest. -Gambar hiasan AI

1. Semak bagaimana bayaran tambahan direkodkan bank

Katanya, selepas hampir 15 tahun membuat bayaran, dia mendapati baki prinsipal masih belum banyak berkurang kerana bayaran lebihan setiap bulan dimasukkan ke dalam akaun advanced payment, bukannya terus mengurangkan prinsipal pinjaman.

2. Pindahkan wang dalam akaun advanced payment ke prinsipal

Selepas menyedari perkara itu, dia kemudian mengisi borang di bank bagi memindahkan jumlah yang terkumpul dalam akaun advanced payment untuk digunakan sebagai bayaran terus kepada prinsipal, sekali gus mengurangkan baki hutang dengan lebih cepat.

3. Ulang bayaran tambahan secara konsisten

Selepas akaun advanced payment dikosongkan, dia meneruskan amalan membayar lebih daripada ansuran bulanan seperti biasa.

Apabila jumlah lebihan itu mencecah nilai minimum yang ditetapkan bank, iaitu bersamaan kira-kira tiga bulan ansuran, dia sekali lagi mengemukakan permohonan supaya wang tersebut digunakan bagi mengurangkan prinsipal pinjaman.

4. Fokus selesaikan hutang sebelum tambah komitmen baharu

Menurut Puan Principal, setiap kali mempunyai lebihan wang, dia akan mengutamakan pembayaran hutang berbanding membuat komitmen kewangan baharu.

Hasil disiplin itu, dia akhirnya berjaya membebaskan diri daripada pinjaman rumah 12 tahun lebih awal daripada tempoh asal.

Dalam hantaran sama, dia turut berpesan kepada orang ramai supaya tidak terlalu terikut-ikut mengejar gaya hidup mewah apabila umur semakin meningkat.

Sebaliknya, dia menggalakkan orang ramai menikmati kehidupan tanpa dibebani hutang yang berpanjangan, termasuk mengelakkan hutang kad kredit dan perbelanjaan yang tidak diperlukan.

Artikel Lain