SEORANG lelaki terpaksa reda kediaman yang dibeli lima tahun lalu terpaksa dilelong selesa berdepan dengan status bankrap. Tidak hanya itu, dia juga bergelut meneruskan kehidupan susulan akaun bank miliknya dibekukan susulan proses insolvensi. Berkongsi cerita di Facebook, lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu berkata, dia kini sedang menunggu kelulusan untuk membuka akaun baharu selepas diisytiharkan bankrap. Menurutnya, semua akaun bank yang dimiliki telah ditutup kecuali sebuah akaun yang masih aktif buat sementara waktu.Apa yang paling merisaukannya ialah dia sendiri tidak pasti sama ada gajinya akan dimasukkan ke dalam akaun tersebut atau sebaliknya."Saya sudah ke insolvensi dan sedang menunggu surat kelulusan untuk buka akaun bank baharu."Sekarang tengah buntu sempat ke tak gaji bulan ini masuk akaun yang masih aktif sebab akaun lain sudah ditutup," adunya sayu.Majikan perlu dimaklumkan mengenai masalah muflis yang dialami. -Gambar hiasan AIDia juga sudah memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak majikan, namun masih belum mengetahui perkembangan lanjut.Malah katanya, dia hanya mampu berharap gajinya tidak menghadapi sebarang masalah kerana bimbang akan menjejaskan perbelanjaan harian. Disebabkan masalah bankrap dan isu gaji, emosinya ketika ini cukup terganggu sehingga hilang selera makan selain tidak nampak sebarang jalan keluar."Saya perlukan kata-kata semangat untuk lalui hidup baharu ini. Makan pun tak lalu sejak akaun bank ditutup semalam."Buntu sebenar-benarnya, rasa muram," luahnya.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat serta mengingatkannya bahawa status bankrap bukan penamat kehidupan.Malah, ramai turut berkongsi pengalaman masing-masing yang pernah melalui fasa sama sebelum berjaya bangkit semula selepas menguruskan kewangan dengan lebih baik.