suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bimbang bayaran bulanan mahal, perunding hartanah pesan jangan jadikan OPR sebagai penentu keputusan beli rumah

Ramai yang membatalkan hasrat membeli kediaman selepas kenaikan OPR diumumkan. -Gambar hiasan AI

KEMUNGKINAN Bank Negara Malaysia (BNM) akan melaraskan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 3.00 peratus berbanding 2.75 peratus ketika ini meresahkan masyarakat.

Ini termasuk buat pemilik rumah yang akan berdepan dengan kenaikan bayaran bulanan pinjaman perumahan.

Mereka yang berhasrat membeli rumah juga mula meluahkan rasa bimbang sekiranya OPR dilaraskan dan menganggap ini bukan masa sesuai memiliki kediaman idaman.

Menyedari pelbagai tanggapan dan kebimbangan terhadap OPR, perunding hartanah dan pakar projek pembangunan baharu dikenali sebagai Khairul menjelaskan keputusan membeli rumah tidak wajar disandarkan kepada OPR semata-mata.

Ini kerana jelas Khairul, kenaikan tetap akan berlaku walaupun pembelian rumah dibuat selepas pelarasan OPR dibuat BNM.

"Mesti ramai yang cakap 'baik hold dulu beli rumah, nanti OPR naik. Bulanan (bayaran pinjaman) pun naik!

"Memang betul tetapi OPR bukan alasan untuk kita rasa takut nak beli rumah kerana kenaikan 0.25 peratus sebulan itu akan naik sedikit sahaja berbanding harga rumah yang mencecah puluhan ribu," jelasnya di Threads.

Jelas Khairul lagi, pelarasan OPR mempunyai naik dan turun namun berbeza dengan harga hartanah ia akan sentiasa meningkat.

Tidak hanya itu, Khairul turut berpesan agar pembelian tidak dilakukan kerana harga rumah rendah sebaliknya ia perlu sesuai dengan bajet bulanan seseorang.

Artikel Lain