KEMUDAHAN Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) sememangnya membantu ramai pengguna mendapatkan barangan tanpa perlu mengeluarkan wang dalam jumlah besar pada satu-satu masa.Namun jika tidak digunakan secara berhemah, kemudahan tersebut boleh bertukar menjadi beban kewangan sehingga menjerat diri sendiri seperti dialami wanita ini. Tampil berkongsi pengalaman pahit di laman Threads, ujarnya, masalah kewangannya timbul kerana terlalu selesa menggunakan kemudahan BNPL yang disediakan kebanyakan platform e-dagang."Saya tak salahkan sesiapa. Ini silap saya sendiri kerana ikut emosi dan terlalu selesa guna BNPL sehingga tak sedar hutang makin bertambah," luahnya.Bebanan kewangan akan membuatkan seseorang mengalami tekanan emosi dan stres. -Gambar hiasan AIMenurutnya, walaupun mempunyai pekerjaan tetap dengan gaji sekitar RM3,500 sebulan, dia kini menanggung komitmen hutang yang jauh lebih besar.Mengakui kesilapan dilakukan itu, dia bagaimanapun sedang berusaha mencari jalan untuk memperbaiki keadaan.Ini termasuk mendapatkan khidmat nasihat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)."Dah pergi AKPK, dah cuba cari jalan nak satukan hutang dan tutup semua akaun BNPL tapi masih belum nampak jalan keluar," adunya yang seolah-olah buntu dengan situasi melanda.ARTIKEL BERKAITAN: Jangan seronok sangat guna kemudahan ‘BNPL’, hutang terkumpul boleh jadi ‘kanser’ aliran tunai bulananTambah pengadu, meskipun usaha untuk membebaskan diri daripada dibelenggu hutang masih belum membuahkan hasil, namun dia enggan berputus asa dan bertekad untuk terus bangkit daripada masalah kewangan yang dihadapi.Pada masa sama, dia turut berharap perkongsiannya dapat dijadikan pengajaran kepada orang ramai agar tidak memandang ringan penggunaan BNPL."BNPL ni sangat membantu pada awalnya, tapi kalau tak dikawal, ia juga boleh menghancurkan kewangan kita."Sekarang saya cuma sedang cuba cari jalan untuk bangkit," ujarnya dalam nada sayu.