suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan seronok sangat guna kemudahan ‘BNPL’, hutang terkumpul boleh jadi ‘kanser’ aliran tunai bulanan

BNPL boleh menyebabkan bebanan kewangan. -Gambar hiasan AI (kiri)

RAMAI yang mudah terjebak dengan tawaran 'beli dulu bayar kemudian' atau buy now pay later (BNPL) yang membolehkan mereka memiliki sesuatu dengan mudah.

Seorang penasihat kewangan di Thread berpandangan individu yang menggunakan BNPL pada peringkat awal memang berkemampuan tetapi boleh berubah menjadi beban kewangan apabila komitmen bulanan mula bertambah.

“Beli beg RM900 guna BNPL bayar RM300 selama tiga bulan memang rasa mampu. 

"Tapi apabila dah ada beg RM300, kasut RM200 dan makeup RM100, tiba-tiba komitmen bulanan jadi RM600 untuk barang-barang kecil,” katanya.

Elakkan gunakan BNPL untuk pembelian gaya hidup. -Gambar hiasan AIElakkan gunakan BNPL untuk pembelian gaya hidup. -Gambar hiasan AI

Menurutnya, BNPL memang memudahkan pengguna membeli barangan mahal tanpa perlu bayar sekali gus, tetapi ia boleh menjejaskan aliran tunai bulanan jika tidak dikawal.

“BNPL ni kanser senyap cash flow. Gaji belum masuk, duit dah habis dulu,” katanya.

Cara urus kewangan jika mahu guna BNPL

- Senaraikan semua komitmen bulanan sebelum membuat pembelian menggunakan BNPL.

- Tetapkan had perbelanjaan supaya BNPL tidak membebankan aliran tunai.

- Gunakan BNPL hanya untuk keperluan atau barangan yang benar-benar penting, bukan untuk pembelian spontan atau gaya hidup.

Artikel Lain