ANAK kedua kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman iaitu Qadejah El Zahra telah dikejarkan ke sebuah pusat perubatan selepas tiba-tiba mengadu sakit dada serta mengalami kesukaran bernafas.Menurut ibunya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, kejadian itu berlaku secara mengejut sehingga membuatkan dirinya tidak senang duduk memikirkan keadaan Qadejah. "Qadejah mengadu sakit dada malam tadi, nak bernafas pun susah. Mama kalau anak sakit memang tak tunggu-tunggu, hati terus risau fikir macam-macam.Qadejah sedang menerima rawatan di hospital."Sampai hospital doktor buat pemeriksaan darah dan dapati platelet dia sangat rendah. Dah tiga kali ambil darah, platelet masih rendah. Memang risau mama dibuatnya," katanya menerusi satu video di Instagram.Video tersebut turut memaparkan keadaan Qadejah yang sedang menerima rawatan di katil hospital.Dalam pada itu, Shahida turut memohon orang ramai agar mendoakan kesembuhan anaknya serta dijauhkan daripada sebarang penyakit serius."Minta doa semua supaya Qadejah cepat sembuh dan dijauhkan daripada penyakit yang tak sepatutnya. Hati mak ini lain macam bila anak sakit," luahnya.ARTIKEL BERKAITAN: Cess tetap dengan prinsip tak nak kahwin, jelaskan hubungan dengan anak Eizlan Yusof… “Tiada sentuh-sentuh, kami jaga jarak”ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bapa garang ketika kecil, sebab itu anak kedua Aliff Syukri tegas didik adik-adikSementara itu, Qadejah turut berkongsi mengenai keadaannya dan memaklumkan dia mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan selepas mengalami simptom tersebut."Rasa sangat ketat dan tidak selesa di bahagian dada. Tapi selepas doktor periksa, rupanya sel darah saya sangat rendah dan platelet pun sangat rendah," kongsinya.Jelas Qadejah, doktor yang merawatnya memaklumkan pelbagai kemungkinan yang membimbang hasil daripada pemeriksaan darah tersebut.Qadejah tetap tenang berdepan dengan penyakitnya.Namun dia kekal positif kerana percaya setiap penyakit pasti ada penawarnya."Ada beberapa kemungkinan yang agak menakutkan, tapi kita kena kekal positif sebab setiap penyakit ada rawatannya."Jadi mungkin saya ada penyakit autoimun seperti lupus, atau mungkin hanya jangkitan biasa. Saya harap ia di tahap rendah," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!