suria

Cess tetap dengan prinsip tak nak kahwin, jelaskan hubungan dengan anak Eizlan Yusof… “Tiada sentuh-sentuh, kami jaga jarak”

ANAK kedua kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra kekal dengan prinsip tidak mahu berkahwin walaupun segelintir netizen cuba menjodohkan dirinya dengan anak pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof iaitu Zareef.

Kata Qadejah El Zahra atau mesra disapa Cess, 16, hubungan mereka sekadar kawan biasa selain menyedari batas yang perlu dijaga sebagai remaja.

Malah katanya secara berseloroh, satu-satunya lelaki yang mahu dimanjakan dalam hidupnya ketika ini hanyalah bapanya.

“Janganlah begitu, saya baru 16 tahun. Hidup ini kena tenang sahaja. Kami cuma kawan dan Zareef ini kawan baik kepada adik saya, Baem.

“Kami memang kawan sahaja, tiada yang pelik-pelik. Tiada sentuh-sentuh, kami jaga jarak dan saya tahu batas saya.

“Tak nak kahwin, saya tetap dengan prinsip saya… cuma nak abah saya sahaja,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi