suria

Bawa imej P. Ramlee, P. Radhi dedah pernah kena ugut dan ditakutkan soal mati

PENYANYI P. Radhi mengakui pernah menerima mesej berbaur ugutan daripada segelintir netizen gara-gara masih membawakan imej serta meniru gaya Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Menurut P. Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Rahman, 31, ada pihak mempersoalkan tindakannya itu, malah ada yang menakut-nakutkannya dengan mengatakan umurnya tidak akan panjang kerana sering menyanyikan lagu Allahyarham.

“Saya pernah terima mesej peribadi yang tanya, tak takut ke nyanyi lagu P. Ramlee? Siap ada yang cakap tak takut mati ke?

“Tapi bagi saya, soal umur dan ajal semuanya di tangan Allah,” katanya.

Radhi bagaimanapun tidak melayan kecaman tersebut, sebaliknya tetap meneruskan usahanya menghidupkan semula karya-karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai tanda penghargaan kepada legenda seni berkenaan.

Menurutnya, niatnya bukan untuk meniru, sebaliknya mahu menghiburkan peminat di samping mengangkat semula nostalgia lagu-lagu klasik yang masih diminati ramai.

“Kalau kita buat benda yang baik dan bukan sesuatu yang salah, tak ada sebab untuk kita takut,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, P. Radhi turut tampil dengan lagu raya baharu berjudul Raya Bersama yang kini boleh didengari di semua platform digital termasuk YouTube.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi