suria

Nampak berbeza, Wafariena dituduh buat pembedahan besarkan pinggul

PERUBAHAN bentuk badan pelakon Wafariena menjadi perhatian netizen apabila dia didakwa melakukan pembedahan pada bahagian punggung.

Menurut Wafa atau Wafariena Roslan, 31, dia tidak pernah menjalani sebarang pembedahan, sebaliknya hanya melakukan senaman bagi mendapatkan bentuk badan ideal seperti wanita lain.

Terkejut dengan dakwaan tersebut, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu meminta orang ramai supaya menghentikan spekulasi tidak benar mengenai dirinya.

“Saya nafikan perkara itu. Memang tak pernah buat apa-apa untuk ‘repair’.  Sejujurnya bulan puasa ini pun saya masih workout. Kalau orang kata badan saya berbeza sebab  ‘repair’, sebenarnya tidak.

“Saya dapat bentuk badan ini daripada workout dan biasanya lepas berbuka dan selesai tarawih saya akan bersenam selama satu jam.

“Selain itu, saya hanya buat skin booster untuk jaga kulit sahaja, bukan untuk mana-mana aset tertentu. Saya buat untuk kesihatan dan penjagaan diri.

“Saya rasa kawan-kawan dalam industri pun ramai yang kagum dengan bentuk pinggul saya. Biasanya perempuanlah yang tanya, ‘Wafa buat apa?’ Saya jawab cuma workout.

“Saya memang suka bentuk badan yang ada lekuk sedikit. Walaupun taklah sampai nak jadi macam Kim Kardashian, tapi saya suka bentuk badan begitu kerana saya tinggi. Kalau terlalu kurus bagi saya nampak tak cantik,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi