suria

Impian Elizabeth Tan mahu jual seluar dalam jenama sendiri tapi takut kena kecam

Elizabeth berhabis duit cari seluar dalam selesa.

PENYANYI dan pelakon Elizabeth Tan meluahkan hasrat dan impiannya ingin menjual seluar dalam jenama sendiri.

Elizabeth, 32,  bagaimanapun mengaku masih ragu-ragu untuk memulakan perniagaan tersebut kerana bimbang pandangan masyarakat.

"Memang impian saya nak jual seluar dalam (panties) jenama sendiri tapi takut kena kecam," katanya dalam satu hantaran Thread.

Hasrat Elizabeth raih sokongan ramai.

Dia berkongsi perkara itu sebagai respon kepada seorang pengguna yang mencari jenama pakaian dalam selesa untuk dipakai.

Dalam hal ini, Elizabeth berkata dia sangat teliti mengenai pemilihan fabrik dan tekstur kain yang selesa.

Malah dia juga sudah membelanjakan banyak wang untuk mencuba pelbagai jenama yang dikenali ramai.

"Saya memang sangat cerewet pasal tekstur dan kain… saya dah banyak sangat habiskan duit beli macam-macam dari pelbagai jenama," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak manja tapi rupanya seorang gamers, Lineage2M permainan video kegemaran Elizabeth Tan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dalam gembira menang trofi FFM33 ada sedih, Elizabeth Tan keguguran kali kedua

Hantaran tersebut meraih perhatian ramai yang rata-rata memberi galakan agar dia meneruskan impian tersebut.

Pun begitu netizen menasihati agar Elizabeth tidak menjadikan dirinya sebagai model pakaian berkenaan.

"Orang akan kecam kalau awak jadi model panties tanpa seluar saja.

"Buatlah page yang perempuan je dalam tu. Buat website ke ramai je yang nak," antara komen ditulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain