PENYANYI Afgan berkongsi pengalaman mencabar yang dilalui ketika membintangi filem Tunggu Aku Sukses Nanti. Sebagai penyanyi kata Afgan atau Afgansyah Reza, 37, tidak mudah untuk dia melakonkan babak kehilangan ibu yang penuh emosi dalam filem berkenaan. "Cabaran saya berlakon filem kali ini adalah apabila ibu saya (watak Yuli) meninggal dunia. Saya perlu menangis. Afgan mengakui sukar menangis dalam babak penuh emosi."Namun saya bersyukur kerana barisan pelakon filem ini sangat membantu. Mereka bantu saya untuk mendapatkan emosi yang tepat (sedih). "Saya berterima kasih kepada semua pelakon kerana saya tidak selalu menangis dalam kehidupan sebenar," katanya. Dalam pada itu, Afgan turut mengakui pengalaman berlakon dalam filem tersebut membuka perspektif baharu dalam kerjaya seninya.ARTIKEL BERKAITAN: Afgan tak tolak duet dengan Siti Nurhaliza, mahu lagu ada ‘nyawa’ARTIKEL BERKAITAN: Eksklusif buat peminat Malaysia, Afgan pertama kali ‘belanja’ semua lagu Retrospektif... Tampil persembahan penuh emosiMeskipun dikenali sebagai seorang penyanyi, dia tidak menolak peluang untuk terus mengembangkan bakat dalam bidang lakonan."Tahun ini rasanya saya masih ada dua filem lagi belum ditayangkan. Saya tidak menolak sekiranya selepas ini ditawarkan lagi untuk berlakon. "Tak sangka rupanya saya enjoy juga berlakon," ujarnya. Afgan (kanan) teruja diberi peluang untuk berlakon filem.Filem Tunggu Aku Sukses Nanti mengisahkan perjalanan seorang anak muda, Arga yang berusaha keras mengejar impian untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.Dalam perjalanan tersebut, Arga berdepan pelbagai rintangan termasuk tekanan keluarga, cabaran kewangan, serta konflik emosi yang menguji kekuatan dirinya.Selain Afgan, Tunggu Aku Sukses turut dibintangi oleh Ardhit Erwandha, Lulu Tobing, Ariyo Wahab, Adzana Ashel, Fita Anggriani Ilham dan ramai lagi.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!