ANAK kepada pelakon Norish Karman iaitu Nur Hanyz Amanda tampil meluahkan rasa kurang senang terhadap komen segelintir netizen yang memintanya supaya mencari pekerjaan bagi membantu keluarga.Amanda, 22, menegaskan komen sedemikian bukanlah nasihat membina, sebaliknya lebih kepada kritikan yang boleh menjatuhkan semangatnya. "Itu bukan nasihat, itu kutukan yang mendatangkan dosa, kritikan tidak membina," katanya menerusi satu hantaran di Instastory pada Isnin.Amanda tampil bersuara selepas dikritik netizen.Bersama luahan berkenaan, Amanda turut memuat naik keratan artikel daripada sebuah portal hiburan bertajuk 'Netizen nasihat anak Norish Karman cari kerja, kongsi tempat tengah ambil pekerja'.Dalam hantaran yang sama, Amanda berkongsi doa seolah-olah menggambarkan situasi yang sedang dilalui oleh mereka sekeluarga ketika ini."Alhamdulillah ‘ala kulli haal, wallahualam. Allah sahaja mengetahui usahaku dan aku sentiasa berada dalam lindungan doa bunda dan babaku," tulisnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Anak cari duit bantu Norish Karman dan keluarga, tak pernah minta beli baju mahalARTIKEL BERKAITAN: Anak kongsi keadaan terkini Norish Karman, cerita sakit bukan ‘scam’ - “Saya tak sanggup hilang ibu!”Awal April lalu, kisah Norish berdepan masalah kesihatan mendapat perhatian ramai selepas Amanda sendiri berkongsi perkara tersebut di media sosial bagi meminta dana untuk menampung kos rawatan ibunya.Malah kisah mereka turut menarik perhatian usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri yang bermurah hati menyumbang wang sebanyak RM15,000.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!