ANAK kepada pelakon, Norish Karman iaitu Manda tampil menjelaskan salah faham orang ramai berhubung keadaan kesihatan ibunya yang kini sedang menerima rawatan di hospital.Menurut Manda, dia menerima terlalu banyak mesej peribadi (DM) daripada orang ramai yang ingin mengetahui perkembangan terkini ibunya, namun tidak mampu membalas satu persatu kerana komitmen yang perlu dipikul ketika ini. “Buat masa sekarang, saya tak mampu nak balas semua mesej. Saya sedang menguruskan bunda di hospital, dalam masa yang sama menjaga lima adik kecil di rumah.Manda kongsi keadaan ibunya.“Saya juga baru sahaja menyiapkan tempahan katering saat akhir untuk menambah dana bagi membayar bil perubatan bunda,” katanya dalam hantaran di Instagram.Menerusi hantaran tersebut dia juga menjawab beberapa persoalan yang sering diajukan netizen bagi mengelakkan kekeliruan berterusan.Jelasnya, keadaan kesihatan ibunya masih belum stabil dan sedang menerima rawatan rapi di hospital.ARTIKEL BERKAITAN: Norish Karman berdepan penyakit kritikal, rayu sumbangan untuk rawatan segeraARTIKEL BERKAITAN: Norish Karman seronok jadi pensyarah, tunggu tawaran lakonan tak perlu buka tudung“Ya, keadaan kesihatan bunda tidak stabil. Ya, dia sedang dirawat di hospital. Ya, dia merupakan pesakit berisiko tinggi untuk jatuh (high risk fall),” jelasnya.Dalam masa sama, dia turut menafikan beberapa dakwaan yang tular di media sosial mengenai penyakit yang dialami ibunya.“Tidak, ini bukan scam. Tidak, ini bukan kanser. Tidak, ini bukan kegagalan jantung, walaupun jika saya lambat bawa ke hospital, jantungnya boleh berhenti bila-bila masa,” katanya lagi. Fitnah kami scam, tolong taubat!MANDAANAK Tambahnya, dia amat berharap orang ramai terus mendoakan kesihatan ibunya agar kembali pulih seperti sediakala.Malah memaklumkan tiada pelawat dibenarkan buat masa ini kerana keadaan ibunya masih berisiko tinggi.“Saya tak sanggup kehilangan ibu saya. Setakat ini sahaja yang saya mampu kongsikan. Mohon doakan agar bunda saya kembali sihat dan kuat,” ujarnya.Sementara itu, dalam hantaran lain, Manda berkongsi foto tangan dipercayai milik aktres berkenaan memakai gelang bertulis 'high risk fall'.Manda sebelum ini meminta sumbangan orang ramai buat ibunya."Apalah hati korang yang suka buruk sangka, hitam sangat. Buat tuduhan macam-macam terhadap bunda saya. Fitnah kami scam, tolong taubat!” luahnya.Sebelum ini, Manda menerusi akuan media sosial ibunya memaklumkan kesihatan aktres tersebut semakin merosot dan berisiko diserang angin ahmar gara-gara masalah anemia atau kekurangan sel darah merah.Katanya, Norish, 52, memberitahu dia berkemungkinan memerlukan rawatan pemindahan darah bagi merawat penyakit berkenaan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube