PERSONALITI media sosial yang juga penari, Imranul Effendy tidak menafikan penglibatannya dalam muzik video lagu Jodoh Lebaran nyanyian Aisha Retno menjadi titik tolak kepada populariti yang dikecapinya ketika ini.Imranul mengakui impak lagu berkenaan membuatkan dirinya mula dikenali ramai, sekali gus membuka lebih banyak ruang buatnya dalam industri seni tempatan. "Alhamdulillah, sejak Jodoh Lebaran ini, saya mendapat exposure yang meluas. Tahun ini memang saya dapat perhatian ramai kerana lagu Aisha Retno itu. Saya akui, Jodoh Lebaran memang menaikkan nama saya.Imran akui 'Jodoh Lebaran' buatkan namanya dikenali."Secara jujurnya, memang saya akui yang saya menumpang populariti Aisha. Memang betul dan saya gunakan ia sebaik yang boleh," katanya kepada mStar.Gara-gara keserasian yang ditunjukkan dalam muzik video tersebut, timbul spekulasi dalam kalangan peminat yang mendakwa mereka kini sedang menjalin hubungan cinta.Menjawab khabar angin berkenaan, Imranul berkata hubungan mereka profesional dan tidak lebih daripada sekadar rakan kerja.ARTIKEL BERKAITAN: Enam tahun dalam industri seni… Aisha Retno pernah terima ugutan bunuh, face shamingARTIKEL BERKAITAN: “Ini identiti saya” - Aisha Retno tenang jawab kritikan pakai korset, fesyen sesuai dengan konsep lagu"Eh tidaklah, kami tidak bercinta. Kami profesional sebagai rakan kerja sahaja. Walaupun ada orang yang suka lihat kami bersama, tapi kami hanya kawan biasa. Doakan sahajalah yang baik-baik untuk kami," jelasnya.Bercerita lanjut mengenai kerjasamanya dengan Aisha, Imranul menyifatkan penyanyi itu sebagai seorang individu yang sangat pemurah dengan ilmu dan tidak mementingkan diri sendiri.Malah, Imranul turut berkongsi jadual kerjanya agak padat pada bulan ini kerana menerima banyak tawaran persembahan bersama penyanyi itu. Imran mahu melangkah ke dunia lakonan. "Iya, untuk bulan ini Alhamdulillah tawaran kerja saya penuh dengan Aisha Retno. Aisha merupakan seorang penyanyi yang selalu bagi sokongan dekat saya untuk teruskan dalam industri ini. "Dia sangat baik dan tidak pentingkan diri sendiri," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube