PENYANYI Syamel meluahkan rasa terkilan susulan lagu nyanyian dan ciptaannya berjudul Hamba Cinta gagal mara ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik ke-40 (SFMM40).Bagi Syamel, 33, karya tersebut bukan sahaja membawa harapan besar buat dirinya serta komposer lain yang terlibat, malah harapan peminat yang mengundi. "Untuk mendapatkan tempat di pentas itu, perlukan undian peminat. Mereka meluangkan masa untuk mengundi lagu ini. Saya terkilan bukan kerana lagu ini tidak layak, tetapi disebabkan perkara di luar kawalan saya.Luahan Syamel di Threads. "Lagu ini juga saya hasilkan bersama komposer baharu yang meletakkan harapan untuk melihat ia mencapai sesuatu," katanya ketika dihubungi mStar.Berkongsi lanjut, penyanyi ini memberitahu punca lagu tersebut tidak tersenarai untuk SFMM40 disebabkan beberapa masalah teknikal yang gagal diselesaikan dalam tempoh ditetapkan.Biarpun sudah berusaha sebaik mungkin, Syamel akur kerana urusan tersebut melibatkan banyak pihak termasuklah syarikat pengurusan lama yang menerbitkan lagu tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: “Lagu yang mahal” - Syamel sanggup terbang ke Manchester demi ‘Beribu Tanda Tanya’ ARTIKEL BERKAITAN: ‘P Ramlee Saloma’ gagal mara ke SFMM40, Daniel Sher respons hargai sokongan peminat Alpha"Sebenarnya masalah ini agak rumit. Untuk masuk dalam senarai SFMM40, saya perlu mengisi borang dan ada satu bahagian yang memerlukan tandatangan syarikat penerbit."Saya bukan lagi di bawah syarikat berkenaan dan perlu melalui pelbagai prosedur, termasuk berjumpa dengan bahagian perundangan. Saya lakukan semuanya sendiri dan ia mengambil masa lebih kurang tiga minggu."Namun, urusan tersebut tidak dapat diselesaikan dan penganjur Anugerah Juara Lagu (AJL) sudah menetapkan tempoh untuk saya menghantar borang," kongsinya. Tiada rezeki tahun ini dan saya redaSYAMEL PENYANYI Syamel bagaimanapun tidak mahu meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak kerana memahami urusan dan proses yang perlu dilalui untuk menempatkan lagu berkenaan ke peringkat separuh akhir.Dia turut berlapang dada dan percaya bukan rezekinya untuk mempertaruhkan lagu tersebut bagi edisi kali ini."Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya sebelum ini. Saya faham semuanya ada prosedur dan ia merupakan satu perjalanan yang cukup indah.Syamel mahu terus berkarya untuk peminat. "Tiada rezeki tahun ini dan saya reda. Sekarang saya lebih fokus kepada projek akan datang. Saya juga akan sentiasa memberi sokongan kepada mereka yang terlibat dalam AJL," luahnya.Untuk info, lagu Hamba Cinta merupakan ciptaan sepenuhnya Syamel bersama Yusuff Khan, Adam Armin dan Adly Kiddy.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube