PELAKON veteran Emma Akma meluahkan rasa rindu untuk kembali aktif dalam dunia lakonan selepas melalui pembedahan besar akibat masalah kesihatan lima tahun lalu.Emma atau nama sebenarnya Noorakma Yunus, 57, berkata dia kini sudah kembali sihat dan mampu bekerja seperti biasa, namun ramai rakan industri masih belum mengetahui keadaan terkininya itu. “Saya sudah sihat dan boleh berlakon. Nak berada di set penggambaran pun sudah boleh. Dulu memang tak boleh berdiri lama, kena baring tapi sekarang sudah boleh buat semua.Emma sudah lihat seperti biasa.“Orang tak tahu lagi saya boleh berlakon. Jadi kali ini saya sangat berharap kalau ada rezeki, tolonglah panggil saya berlakon balik. Saya rindu sangat nak berlakon,” katanya kepada mStar.Emma berkongsi perkara itu ketika ditemui di Simposium Seniman yang berlangsung di Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati, Kuala Lumpur.Dalam pada itu, Emma memaklumkan dia masih menjalani pemeriksaan susulan walaupun sudah lima tahun menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam perut serta rahim dan ovari akibat cyst.ARTIKEL BERKAITAN: Selepas buang rahim Emma Akma carikan jodoh buat suami, tak kisah hidup bermaduARTIKEL BERKAITAN: Emma Akma pernah lupa diri ketika berada di puncak populariti, mengaku solat 5 waktu pun tak penuh“Alhamdulillah, ini merupakan tahun kelima saya selepas jalani pembedahan, tapi saya masih lagi dalam rawatan susulan kerana kanser ini tidak boleh sembuh terus.“Doktor jangkakan 10 tahun untuk sembuh sepenuhnya. Dalam tempoh itu saya kena jaga diri terutama dari segi pergerakan dan pemakanan.“Setakat ini, keputusan pemeriksaan sangat baik. Kanser tidak aktif dan harapnya keadaan ini berterusan sampai tahun terakhir,” ujarnya. Jadi aktiviti lasak seperti berlari memang saya elakkan.EMMA AKMAPELAKONBerkongsi lanjut, Emma berkata dia kini lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan harian dengan mengikut segala nasihat doktor.“Saya jaga sendiri. Doktor selalu tegaskan saya tak boleh angkat berat sebab pembedahan yang saya lalui adalah major.“Kalau angkat berat, ia boleh beri tekanan dalaman. Jadi aktiviti lasak seperti berlari memang saya elakkan.Keadaan Emma sebelum pembedahan perut.“Dari segi pemakanan pula saya kawal sebab tak mahu penyakit lain datang, tambahan pula usia saya sudah 57 tahun,” katanya.Untuk rekod, pada tahun 2021 Emma disahkan menghidap kanser perut serta ketumbuhan cyst sebesar bola sepak yang boleh mengancam nyawanya jika tidak dibedah dengan segera.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube