MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan satu inisiatif kerjasama antara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Jabatan Insolvensi bagi membantu penggiat seni yang berdepan cabaran dalam industri perfileman.Menurut Fahmi, sokongan yang diberikan bukan sekadar berbentuk dana, sebaliknya merangkumi bantuan menyeluruh termasuk kepada mereka yang terkesan akibat risiko dalam perniagaan seperti isu kontrak, bayaran dan kerjasama produksi. "Kerajaan akan terus membantu para seniman dan mereka yang terlibat dalam bidang perfileman."Kita tahu pembikinan filem ini ada banyak risiko, dan ada yang mungkin tergelincir dari segi perniagaan serta memerlukan bantuan untuk bangkit semula, termasuk yang terkesan akibat kebankrapan," katanya kepada mStar.Kerjasama kementerian dan Finas bantu penggiat seni tempatan. Fahmi berkongsi perkara itu ketika ditemui di Simposium Seniman yang berlangsung di Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati, Kuala Lumpur pada petang Khamis.Turut serta di acara tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said; Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah; Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Azmir Saifuddin.Dalam pada itu, Fahmi memaklumkan inisiatif ini turut menerima sokongan daripada sudut perundangan.Justeru itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said turut tampil memberikan komitmen dengan usahasama Jabatan Bantuan Guaman.ARTIKEL BERKAITAN: Finas bakal pindah ke ibu pejabat baharu bermula Mei, bangunan lama fokus aktiviti industri kreatif ARTIKEL BERKAITAN: RUU Pindaan Finas 2025 lulus, kukuhkan industri filem dan kandungan kreatif Malaysia"Sekiranya wujud pertelingkahan atau isu kontrak dalam industri, kes bernilai bawah RM250,000 boleh dibantu melalui proses mediasi."Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kos guaman yang perlu ditanggung oleh penggiat seni," ujarnya.Dalam perkembangan lain, Fahmi juga mengumumkan beberapa inisiatif baharu bagi merancakkan lagi industri perfileman tempatan.Ini termasuklah peruntukan sebanyak RM300 juta bagi Insentif Penggambaran Filem di Malaysia (FIMI) untuk tempoh lima tahun akan datang. Kerajaan akan terus membantu para seniman dan mereka yang terlibat dalam bidang perfilemanDATUK FAHMI FADZIL MENTERI KOMUNIKASI Selain itu, pelancaran Dana Citra bernilai RM10 juta turut diperkenalkan yang memfokuskan pembangunan kandungan berteraskan identiti nasional."Peruntukan FIMI itu bertujuan menarik lebih banyak produksi antarabangsa selain membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penggiat tempatan."Dana Citra pula melibatkan penghasilan filem cereka, dokumentari serta filem pendek bagi memperkukuh jati diri dalam karya tempatan," kongsinya. Dalam acara berkenaan juga, Fahmi turut menyampaikan Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) 2.0 Bilangan 1 Tahun 2026 kepada 12 filem berjumlah RM275,718.Kementerian dan Finas komited terus bantu industri filem. Antara penerimanya ialah filem Badak yang diterbitkan oleh ACT 2 Pictures Sdn Bhd, Irudhi Strike (SLY Entertainment Sdn Bhd), Penghukum Nusantara Assasin (Terang Film Sdn Bhd) dan Klepet (Wawa Global Sdn Bhd), Macai dan Blues (Skyzen Sdn Bhd), Duyung: Legenda Aurora serta 3 Hajat (KRU Studios Sdn Bhd), Ninavau (Kristal Azmir Sdn Bhd), dan Hero Friend-U (Dove Eyes Entertainment Sdn Bhd). Turut tersenarai, filem 6 Jilake yang diterbitkan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd serta Pemuja yang diterbitkan oleh Mangkin Prestij Sdn Bhd.Selain seramai 17 orang penggiat seni menerima sumbangan wang tunai antaranya pelakon Mak Wan dan Emma Akma.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube