suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Sebelum Jojo, siapa tengok?” - Johan Ghazali dakwa Muay Thai Malaysia ‘hidup’ gara-gara imej ‘arrogant’

Jojo mendakwa pendekatannya dibuatnya menyebabkan sukan tempur dari Thailand itu mulai dikenali di negara ini.

JAGUH Muay Thai sensasi negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar secara terbuka menyuarakan pandangan berani bahawa sukan tempur itu mula mendapat tempat dan meledak di Malaysia hasil daripada pendekatan unik yang dibawanya.

Menurut Johan atau lebih mesra disapa Jojo, sebelum era popularitinya melonjak naik seperti sekarang, sukan Muay Thai kurang mendapat perhatian umum dan seolah-olah hanya dikenali dalam kalangan komuniti tertentu sahaja.

"Jojo tanya tau… sebelum Jojo, ada orang tahu sangat ke Muay Thai? Kumpulan komuniti Muay Thai tahu la… tapi sebelum tu siapa yang tengok?

"Sebelum Jojo cakap cara yang sombong, cara yang arrogant… mana ada orang tengok. Jojo rasa fighter lain pun mengaku juga," katanya.

Jojo meluahkan pandangan ‘pedas’ tersebut ketika menjadi tetamu jemputan dalam program podcast SembangOhhYeahh di saluran YouTube pada Sabtu.

Jojo ketika bersiaran di podcast SembangOhhYeahh.

Jojo ketika bersiaran di podcast SembangOhhYeahh.

Apabila diajukan soalan mengenai penganjuran acara sukan tempur di negara ini yang kelihatan kurang menyengat dan tidak menarik berbanding negara jiran, Jojo dengan selamba mendedahkan bahawa situasi itu berlaku disebabkan ia dikendalikan oleh individu yang salah.

"Ia jadi pelik sebab orang Malaysia yang nak buat itu bukan fighter… tapi influencer. Acah-acah selebriti macam ini. Nak hype dengan cara yang tidak betul," katanya.

Untuk rekod, nama Jojo mula mencetuskan fenomena di seluruh negara selepas menumbangkan atlet Muay Thai Thailand, Padetsuk Fairtex.

Jojo melakukannya sepantas 16 saat sahaja pada kemunculan sulungnya di arena ONE Championship ketika dia baru berusia 16 tahun pada Februari 2023.

 

Artikel Lain