DATUK Azizulhasni Awang merangkul kejuaraan dalam acara keirin pada saingan Piala Dunia Trek UCI 2026 di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan pada Sabtu malam.Jaguh berbasikal trek negara berusia 38 tahun itu menewaskan juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen yang mengakhiri perlumbaan di tempat kedua. Tempat ketiga pula disandang oleh pelumba sensasi Trinidad & Tobago, Nicolas Paul.Lebih manis, ini merupakan pingat emas kedua Azizul dalam keirin Piala Dunia selepas menjuarai pusingan pembukaan di Perth, Australia bulan lalu.Azizul yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman itu akan bergandingan bersama Mohd Shah Firdaus Sahrom dalam acara pecut pada Ahad.