suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rangkul juara sebelum mati... Kuda ini berjaya tamatkan perlumbaan walau cedera serius selepas halangan akhir

Kuda ini muncul juara sebelum mati selepas tamat perlumbaan akibat kecederaan serius.

SEEKOR kuda lumba mencuri perhatian dunia sukan ekoran mati sejurus menamatkan perlumbaan dalam satu kejadian menyayat hati di England.

Kuda berkenaan dilaporkan mengalami kecederaan serius pada bahagian belakang badan selepas gagal melepasi halangan terakhir dengan sempurna ketika perlumbaan berlangsung.

Meskipun mengalami kecederaan parah, haiwan tersebut tetap meneruskan larian dan berjaya menamatkan perlumbaan di tempat pertama, sekali gus muncul juara perlumbaan tersebut.

Namun sebaik melepasi garisan penamat, keadaan kuda itu didapati semakin kritikal sebelum rebah.

Pelbagai usaha dilakukan bagi menyelamatkannya, namun kecederaan serius yang dialami menyebabkan ia mati, sekali gus mencetuskan kesedihan dalam kalangan penonton dan peminat sukan lumba kuda.

Rakaman kejadian yang tular di media sosial turut menimbulkan perdebatan dan simpati orang ramai terhadap nasib malang yang menimpa kuda tersebut. -Agensi

Artikel Lain