PERLAWANAN bola sepak liga amatur bertukar huru-hara apabila seorang penyokong melemparkan sebuah skuter mainan budak dari tempat duduk penonton dan mengenai pembantu pengadil.Insiden pada Ahad itu berlaku ketika perlawanan Kumpulan B Liga Amatur 1 Malatya antara Darendespor dan Hekimhan Belediyesi Girmana Spor di Stadium Daerah Darende di Turkiye. Kedudukan ketika itu seri 1-1 pada minit ke-87 apabila Darendespor menjaringkan gol yang kemudian dibatalkan oleh pembantu pengadil, Hakan Başkurt kerana offside. Keputusan itu mencetuskan kemarahan sebahagian penyokong tuan rumah hingga penyokong bernama Nurettin Ö melemparkan skuter ke arah padang dan mengenai kepala Başkurt [Tonton Video].Başkurt mengalami luka bahagian kening kiri dan pengsan seketika sebelum menerima rawatan perubatan di stadium.Dia kemudian dihantar ke Darende Hulusi Efendi State Hospital untuk mendapatkan jahitan dan dibenarkan pulang memandangkan kecederaan tidak mengancam nyawa.Nurettin Ö ditahan pihak berkuasa di stadium dan disoal siasat sebelum dibebaskan.Tiada pertuduhan rasmi dilaporkan setakat ini, namun serangan terhadap pegawai perlawanan di Turkiye biasanya dianggap di bawah kod jenayah berkaitan kecederaan sengaja dan pelanggaran peraturan sukan.Kes ini kini disiasat oleh Persekutuan Bola Sepak Turkiye bersama pihak berkuasa tempatan, termasuk menilai kelemahan kawalan orang ramai dan serangan terhadap pegawai perlawanan. -Agensi