suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain sayap JDT Arif Aiman sah bergelar suami, momen peluk ibu selepas nikah sentuh hati peminat

Arif selamat melangsungkan majlis pernikahan pada Isnin.

PEMAIN sayap Johor Darul Ta'zim (JDT) Arif Aiman Hanapi sah bergelar suami dengan wanita pilihan hati iaitu Nurul Aliah Natasha pada Isnin.

Majlis pasangan itu berlangsung dalam suasana sederhana tetapi penuh meriah di Johor dengan kehadiran ahli keluarga dan teman rapat kedua-dua mempelai.

Khabar gembira mengenai pernikahan pemain bola sepak kebangsaan berusia 24 tahun itu turut menjadi perhatian ramai selepas beberapa foto dan video sekitar majlis tular di media sosial.

Menerusi perkongsian berkenaan, pemain bola sepak sensasi JDT dan isterinya tampil sedondon mengenakan busana serba putih yang menyerlahkan lagi seri penampilan pasangan pengantin baharu itu.

Majlis perkahwinan Arif berlangsung di Johor pada Isnin.

Antara momen paling mencuri perhatian pastinya ketika Arif dilihat tidak dapat menahan sebak sebaik selesai melafazkan akad nikah sebelum memeluk ibunya dalam suasana penuh emosi.

Detik menyentuh hati itu turut membuatkan ramai peminat berasa terharu selepas video berkenaan mula dikongsikan secara meluas di media sosial.

Ruangan komen juga dipenuhi ucapan tahniah serta doa daripada penyokong Harimau Selatan dan peminat bola sepak tempatan yang tumpang gembira dengan berita tersebut.

"Tahniah, awal jodohnya sampai. Semoga berkekalan sehingga ke syurga.

"Tahniah Arif Aiman. Terima kasih menyumbang untuk saya orang Johor dapat cuti hari ini," komen beberapa netizen.

Arif bergelar suami kepada Aliah Natasha.

Majlis resepsi pasangan berkenaan dijadual berlangsung pada sebelah malam dan dijangka lebih meriah dengan kehadiran Pemangku Sultan Johor merangkap pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sebagai rekod, JDT sebelum ini melengkapkan musim cemerlang mereka apabila menewaskan Kuching City 2-0 pada aksi final Malaysia Cup di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Harimau Selatan berjaya menjulang trofi berprestij berkenaan buat kali keenam.

Artikel Lain