suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Belum hilang sedih pemergian anak, Sheeda sekali lagi diuji… Menantu hidap kanser tahap empat

Sheeda berkongsi berita duka di TTMM2 minggu keenam.

UJIAN sekali lagi buat penyanyi dangdut Sheeda apabila menantu perempuannya kini disahkan menghidap kanser payudara tahap empat.

Menurut Sheeda atau nama  sebenarnya Sayyida Beevi, 62, berdepan situasi begitu selepas kehilangan anaknya yang meninggal dunia pada 2024. 

"Saya tinggal bersama anak lelaki, menantu dan cucu untuk teman selepas pemgerian anak saya. 

Sheeda reda sekali lagi berdepan ujian besar.

"Bila mereka bersama, terubat rindu saya. Tapi Allah uji sekali lagi apabila menantu saya disahkan kanser payudara tahap empat," katanya.

Sheeda berkongsi perkara itu ketika siaran langsung minggu keenam pentas Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) pada malam Ahad.

Menurut Sheeda, dia sebelum ini mengalami trauma yang teruk selepas kehilangan anak ketiganya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung Amyza Aznan meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Jalil Hamid meninggal dunia dalam tidur

"Saya rasa lost, mental, hilang tak tahu nak pergi mana. Saya tak boleh jumpa orang dan trauma dengan hospital dan ambulnas. 

"Saya macam nak gila lepas itu saya pulih perlahan-lahan," luahnya.

Kata Sheeda, luka kehilangan terlalu dalam memandangkan arwah merupakan satu-satunya yang menetap bersamanya ketika itu.

"Dekat hati ini sakit sangat, sentiasa sakit kerana memori bersama anak. Sebab dia satu-satunya duduk dengan saya, tiba-tiba dia tiada," kongsinya.

Pada 2024 lalu, Sheeda kehilangan anaknya iaitu Nur Fazlinda Ahmad Fazli, atau dikenali sebagai Alin meninggal dunia akibat kanser paru-paru.

Sementara itu Sheeda tampil membuat persembahan bersama peserta TTMM2, Amarra dengan lagu Angkat nyanyian asal Mimifly.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain