PELUANG membuat persembahan di sebuah festival muzik di Indonesia memberi satupengalaman berbeza buat kumpulan Sekumpulan Orang Gila (SOG). Melihat kepada gerak kerja serta persiapan, mereka akui pasukan produksi di sana lebih baik berbanding di negara sendiri. Berkongsi pengalaman itu, pemain dram SOG, Raja Nazmin Shah berkata, mereka sebelum ini pernah membuang masa selama beberapa hari hanya untuk menjalani sesi ujian bunyi (soundcheck), namun usaha itu akhirnya sia-sia disebabkan faktor cuaca dan gangguan bekalan elektrik.Dari kiri Raja Nazmin, Raja Nazrin dan Buck Hakimi merupakan anggota SOG.“Penat kami beri komitmen selama empat hari untuk soundcheck, tetapi akhirnya sia-sia disebabkan hujan lebat atau berlaku power trip.“Di luar negara, perkara seperti itu tidak dilakukan untuk band selain pengisi slot utama (headliner). Semuanya bergerak pantas dan profesional,” katanya.Menurut Nazmin, mereka kagum dengan sistem produksi konsert di Indonesia yang disifatkan lebih tersusun dan moden berbanding amalan di Malaysia.ARTIKEL BERKAITAN: Buat lagu insaf tapi pakai subang, Sekumpulan Orang Gila minta jangan ‘judge’ luaranARTIKEL BERKAITAN: Tuah karya empat tahun lalu, SOG tak sangka ‘Pelukan Angkasa’ juara AJL36... Shila Amzah hilang rasa gementarKatanya, kebanyakan festival di negara itu tidak lagi mengadakan sesi soundcheck seperti kebiasaan dilakukan di sini.“Jujur cakap, Indonesia jauh meninggalkan Malaysia dalam aspek produksi konsert. Di Malaysia, kita masih terapkan soundcheck, tetapi di sana pemuzik hanya naik ke pentas dan terus beraksi.“Apa yang dimainkan di atas pentas itulah bunyi pertama kami. Sistem seperti ini sepatutnya sudah lama diterapkan dalam kalangan artis dan penganjur di Malaysia,” ujarnya.Dalam pada itu, Nazmin berkata, pengalaman menyertai acara tersebut turut membuka mata mereka mengenai kepentingan persediaan awal dan penggunaan teknologi dalam penganjuran festival berskala besar.SOG teruja perolehi pengalaman baharu di Indonesia.Mereka memperuntukkan hampir 20 jam bagi membuat persiapan sebelum beraksi di festival berkenaan.“Kami menyiapkan semua persiapan di Malaysia terlebih dahulu. Jadi apabila tiba di lokasi konsert, semuanya sudah tersedia dalam sistem.“Artis tempatan perlu sedar teknologi sudah berubah dan kita tidak boleh terus ketinggalan zaman,” katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!