DI SEBALIK kejayaan yang dikecapi hari ini, penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha pernah dipandang rendah serta dianggap tidak lagi memberi nilai dalam pengurusan kerjayanya.Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 33, berkata dia pernah menerima kenyataan yang cukup mengejutkan dipercayai daripada pihak yang pernah menguruskan kerjaya seninya. "Tidak mengapa kalau awak tak mahu kami uruskan awak lagi, sebenarnya kurang beban bagi kami," tulisnya mengimbau kenyataan tersebut.Daiyan pernah dianggap sebagai beban.Daiyan berkongsi perkara itu bagi memberi respons terhadap sebuah hantaran di Threads yang meminta orang ramai berkongsi ayat paling menyakitkan pernah diterima dalam kehidupan.Namun, menurut Daiyan, kata-kata pahit tersebut tidak mematahkan semangatnya, sebaliknya menjadi titik perubahan yang mendorongnya untuk berdikari.ARTIKEL BERKAITAN: Lagu Inggeris bawa tuah buat Daiyan Trisha... “Kali pertama rasa dihargai sebagai penyanyi”ARTIKEL BERKAITAN: Daiyan Trisha tak terdesak cari jodoh, masih tenang tiada yang menekan-nekan! "'Beban' itu kemudian menjana jutaan ringgit apabila dia mengurus dirinya sendiri dan mengendalikan syarikat pengurusannya," ujar Daiyan.Tambahnya, pengalaman pahit itu masih segar dalam ingatan walaupun sudah hampir 10 tahun berlalu dan menjadi antara detik penting yang membentuk kekuatan serta kejayaannya sehingga kini."Hampir 10 tahun lalu dan masih segar dalam ingatan saya," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!