PELAKON Jun Lojong mendedahkan dia pernah melalui fasa depresi yang sangat teruk sekitar tahun 2000-an sehingga hilang keinginan untuk meneruskan kehidupan. Jun atau Junainah M. Lojong, 48, berkata pengalaman hitam itu menyebabkan dirinya seperti 'hilang' beberapa tahun dalam kehidupan selain berdepan kesukaran untuk berinteraksi dengan orang ramai. "Sekarang ini saya sudah okay. Sebenarnya saya menceburi bidang lakonan ini secara tidak langsung. "Saya bukan nak pun berlakon, tetapi semuanya bermula apabila saya menjalani terapi selepas mengalami titik terendah dalam hidup ketika menyambung pengajian sarjana dalam tarian. Jun pernah hilang semangat untuk teruskan hidup."Ketika itu saya mengalami depresi yang sangat teruk. Saya seperti hilang beberapa tahun dalam hidup dan memang tak rasa nak hidup," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Jun turut mengakui dia pernah mengalami ketakutan melampau untuk berjumpa orang sehingga menggigil dan berpeluh setiap kali berada di khalayak ramai.Kata Jun, suaminya yang juga pelakon Namron banyak membantu memahami keadaan selain mencadangkan agar lakonan dijadikan sebagai medium terapi diri."Ketika menjayakan filem Redha, saya masih takut berjumpa orang. Bila jumpa orang, saya akan menggigil dan berpeluh-peluh. ARTIKEL BERKAITAN: Terbawa-bawa watak ‘Maria Hadi’, June Lojong rasa diekori makhluk halus… “Macam ada pendamping”ARTIKEL BERKAITAN: Junainah Lojong ‘berguru’ dengan wanita misteri tinggal di hutan demi hidupkan watak dukun dalam filem ‘Roh’"Nam Ron yang banyak bercerita mengenai keadaan saya ketika itu sebab saya sendiri tidak begitu sedar dan banyak perkara saya tak ingat."Nam Ron pula cadangkan supaya saya anggap lakonan sebagai terapi untuk keluar daripada dunia gelap saya. Saya terima dan memang berniat untuk pulihkan diri dengan berjumpa orang ramai," ujarnya. Berkongsi mengenai proses pemulihannya, Jun berkata atas nasihat doktor dia perlu memulakan kehidupan baharu termasuk tidak terlalu terdedah kepada media sosial. Saya seperti hilang beberapa tahun dalam hidup dan memang tak rasa nak hidup. JUN LOJONGPELAKON"Doktor suruh saya jadi orang baharu. Saya tinggalkan semuanya termasuk pengajian master yang tidak sempat dihabiskan. Media sosial pun saya tutup terus."Bila masuk industri, Nam Ron juga selalu pesan supaya jangan terlalu membaca komen di media sosial."Sekarang saya ada media sosial, tetapi saya tetap tapis apa yang saya baca. Bagi saya, menjaga batas itu penting demi kesihatan mental kita sendiri," katanya.Namron (kiri) sentiasa memberikan sokongan buat Jun.Dalam perkembangan lain, Jun tampil membintangi filem Polong yang akan ditayangkan di seluruh pawagam bermula 28 Mei ini.Filem itu mengisahkan Maria Hadi, seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam dan bergelut dengan dosa silamnya, namun cuba mencari keampunan di penghujung hayatnya.Namun, tindakannya melepaskan 'polong' belaan kepada orang yang tidak sepatutnya mencetuskan dendam selepas kematiannya, sehingga sumpah itu perlu ditanggung oleh pewarisnya.Selain Jun, filem berkenaan turut dibintangi Mimi Lana, Fad Anuar, Nadiya Nissa dan Nam Ron.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!