PELAKON Nabila Huda meraih pujian apabila menerima teguran dengan hati terbuka berhubung etika pemakaian ketika mengendalikan jualan pasta yang diusahakannya. Menerusi perkongsian di Threads, netizen memuji sikap positif Nabila atau lebih mesra disapa Abil, 42, yang tidak melatah, malah mengambil maklum setiap pandangan diberikan. Lebih mencuit hati, Nabila turut dilihat berseloroh dengan meletakkan nametag 'Certified ThypoidQueen' ketika berniaga.Netizen memuji sikap terbuka Nabila menerima teguran."Netizen tegur. Dia berlapang dada dan terima. Dia terus buat, siap nametag 'Certified ThypoidQueen' lagi. "That's a love thing from Queen, Nabila Huda," tulis netizen. Sebelum itu, Nabila memuat naik sebuah video memaparkan dirinya tampil lebih kemas dan sopan ketika menyediakan makanan dengan mengenakan pakaian yang sesuai berserta apron. ARTIKEL BERKAITAN: “Expect saya pakai jubah ke?” - Nabila Huda sedih jual pasta pun kena kecam, pelik orang cari salahARTIKEL BERKAITAN: Dipandang macam gelandangan, Nabila Huda kena ‘judge’ masuk restoran mewah pakai comot... “Tak boleh ke layan sama adil?”Kata Nabila, dia kini sudah bersedia untuk melayani pelanggan yang hadir. "She is ready," ujarnya.Terdahulu, Nabila meluahkan rasa kecewa apabila perniagaan kecil-kecilan menjual pasta yang diusahakannya menerima kecaman daripada segelintir netizen. Menurut Nabila, dia tidak menyangka pemakainnya ketika menyediakan makanan tersebut turut menarik perhatian sehingga menjadi topik bualan di media sosial.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!