suria

Junainah Lojong ‘berguru’ dengan wanita misteri tinggal di hutan demi hidupkan watak dukun dalam filem ‘Roh’

Watak Tok melayakkan Junainah merangkul anugerah Pelakon Pemabntu Wanita Harapan.

LAKONAN mantap Junainah M.Lojong menerusi karya Roh yang diangkat sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) baru-baru ini berjaya membuka mata peminat seni tentang bakat isteri kepada pelakon Nam Ron itu.

Mengimbau kembali tentang proses penggambaran filem Roh, Junainah atau lebih dikenali sebagai June Lojong berkata watak seorang dukun yang dipanggil sebagai Tok itu pada mulanya sukar untuk dilakonkan.

Ujar penerima trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM31 itu, dia tidak mempunyai sebarang rujukan bagi menghidupkan watak seperti syaitan menyerupai manusia.

ARTIKEL BERKAITAN: Anding pegang prinsip ‘perlahan-lahan kayuh’, hampir putus jari hari pertama penggambaran Headhunter

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Roh’ Filem Terbaik FFM31, ‘Sangkar’ julang nama Remy Ishak dan Zul Ariffin

"Pada saya watak tu sangat tricky dan susah untuk dibawakan. Saya rasa ada banyak babak yang boleh diulang... saya tak buat dengan cukup baik.

"Ia sangat-sangat mencabar sebab watak Tok ni ada yang kata seperti syaitan, orang tua atau nenek kebayan. Saya faham Tok ni siapa," katanya.

Screenshot 2021-06-05 17.10.58

Junainah akui sukar membawa watak Tok dalam filem Roh.

Bercerita lanjut, Junainah berkata bagi menghidupkan watak itu, dia terpaksa merujuk dengan membayangkan individu yang agak misteri kerana tinggal di kaki gunung berseorangan semata-mata mahu mendalami watak tersebut.

"Sebenarnya Tok ni adalah syaitan yang menyerupai manusia... jadi rujukannya sangat sukar untuk saya. Kepada siapa saya nak rujuk?

Sebenarnya Tok ni adalah syaitan yang menyerupai manusia... jadi rujukannya sangat sukar untuk saya. Kepada siapa saya nak rujuk?

JUNAINAH M.LOJONG

PELAKON

"Jadi saya rujuk orang tua yang tinggal di kaki gunung... yang tinggal dengan kehidupan di hutan, memang seorang yang tua tetapi tak tua, maksudnya kuat, tua yang kuat, tua yang misteri. Kita boleh nampak dari segi luaran, nampak tua tapi jalan laju, kaki putih atas hitam, cakap moden... jadi itu semua subjektif. Jadi kita tidak meletakkan orang tua di hutan yang macam mana... Itu terletak kepada penonton," ujarnya.

Bercakap tentang kejayaannya dalam filem arahan pengarah prolifik, Emir Ezwan, Junainah berkata dia sangat tidak menyangka layak untuk menerima anugerah itu.

ROH

Filem Roh dinobatkan sebagai filem terbaik.

"Saya tak terfikir pun tersenarai dalam top 5, saya tak sangka. Saya tak terfikir akan tercalon. Tapi apa yang saya boleh kata, orang percaya pada bakat saya," ujarnya.

Filem Roh dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada FFM31.

Selain anugerah Pelakon Pembantu Wanita dan Filem Terbaik, Roh juga merangkul 4 kategori lain iaitu Lakon Layar Terbaik, Pelakon Kanak-kanak Terbaik, Rekaan Busana Terbaik dan Skor Muzikal Terbaik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Junainah M.Lojong, watak Tok, sukar

Artikel Lain