suria

Fauziah Nawi syukur masih relevan, dapat merasa genggam trofi ketika masih hidup

Fauziah Nawi masih kekal relevan.

PENERIMA Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman, Fauziah Nawi tidak pernah menyangka diberi pengiktirafan sedemikian menerusi Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang berlangsung Jumaat lalu.

Menurut Fauziah, 68, paling istimewa apabila dia dapat menggenggam trofi berprestij itu ketika masih aktif dalam bidang lakonan.

"Paling seronok apabila anugerah ini diperoleh semasa hidup. Saya bersyukur kerana dapat anugerah ini. Ia benda yang saya tak pernah terfikir.

ARTIKEL BERKAITAN: Anding pegang prinsip ‘perlahan-lahan kayuh’, hampir putus jari hari pertama penggambaran Headhunter

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Roh’ Filem Terbaik FFM31, ‘Sangkar’ julang nama Remy Ishak dan Zul Ariffin

"Saya akan terus berlakon... kena teruskan juga sebab bapa dah warning apabila dah masuk, kena teruskan," katanya kepada mStar.

FFM31 yang mengangkat filem Roh sebagai Filem Terbaik berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Jumaat.

Capture-64

Anugerah tersebut turut didedikasikan buat arwah anaknya Pitt Hanif.

Tambah Fauziah dia juga bersyukur apabila bakatnya masih diterima dan dihargai walaupun pada usia emas.

"Saya bersyukur sebab masih mampu berlakon dan pada usia sekarang saya masih relevan.

"Nasihat saya kepada orang baharu, apabila mereka masuk indsutri... kena jadi seorang yang berilmu dan ada hati yang baik," katanya.

Saya bersyukur sebab masih mampu berlakon dan pada usia sekarang saya masih relevan.

FAUZIAH NAWI

PELAKON

Selain itu Fauziah yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik untuk filem Sayang Salmah pada FFM12 (1995) berkata, anugerah yang diterimanya itu juga didedikasikan kepada anaknya yang juga pengarah, Allahyarham Mohd Firdaus Mohd Hanif atau Pitt Hanif yang meninggal dunia pada Oktober 2019.

"Untuk Pitt saya tunjuk yang saya mampu dan boleh buat. Masuk dalam bidang ini hati kena keras kerana ini pilihan yang saya buat.

dauziahh

Fauziah Nawi bersyukur masih kekal relevan.

"Malah cucu saya (anak sulung Pitt) juga dah masuk kolej ambil jurusan filem. Kalau boleh saya tak nak dia ambil bidang ini kerana susah.

"Tapi dia kata nak jadi macam ayahnya. Cucu yang kedua pun dah berjinak-jinak dalam lakonan. Mereka bermula daripada kecil dan saya harap kerjaya lakonan zaman mereka nanti akan lebih baik," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Fauziah Nawi, FFM31, kekal relevan

Artikel Lain