suria

Selalu viral dengan video parodi, ‘influencer’ Chazynash kini serius nak jadi penyanyi

Chazynash sudah lama berminat untuk menceburi bidang nyanyian.

JIKA sebelum ini Chazynash terkenal dengan video parodi, kini personaliti media sosial itu berkolaborasi dengan penyanyi dan penulis lagu, Dani Kurama untuk hasilkan sebuah single balada pop.

Menurut Syed Fernarsh Syed Badlishah atau lebih dikenali sebagai Chazynash, 32, dia sudah lama berminat dalam bidang nyanyian dan tiba masanya untuk tampil dengan karya yang lebih serius.

Lagu berjudul Jika Aku Pergi yang diterbitkan oleh Rocketfuel Indie Space Station merupakan gabungan idea Chaznynash dan Dani Kurama.

ARTIKEL BERKAITAN: Instafamous minta maaf selepas bikin kecoh pakai gelang pink di restoran - “Hanya syok-syok sahaja”

ARTIKEL BERKAITAN: Posting dianggap lawak hambar... Instafamous mohon maaf selepas ‘emosi’ balas komen kecaman

assd

Lagu Jika Aku Pergi merupakan gabungan idea daripada Chazynash dan Dani Kurama.

“Mungkin ramai di luar sana lebih mengenali saya sebagai personaliti media sosial dengan video-video viral yang saya hasilkan bersama isteri, namun minat menyanyi itu sebenarnya telah lama wujud.

“Sebelum ini, saya ada menghasilkan beberapa buah lagu namun kebanyakannya berbentuk parodi. Sehinggalah saya bertemu Dani Kurama, dan kini saya yakin masanya sesuai untuk muncul dengan sesuatu yang lebih serius,” kata Chazy kepada mStar.

Sementara itu, Dani Kurama sudah lama menceburi bidang muzik sejak dibangku sekolah dan sering menghasilkan lagu-lagu secara suka-suka di laman YouTube.

Setiap karya yang saya ciptakan dekat di hati kerana ada kaitan dengan kisah peribadi.

DANI KURAMA

PENYANYI, PENULIS LAGU

Karyanya juga pernah mendapat kritikan dari warganet yang mempertikaikan bakatnya, sehinggalah single sebelum ini mendapat sambutan luar jangkaan dan terus menjadi tular di laman media sosial.

"Muzik sememangnya sudah sebati dalam diri saya dan saya tak peduli dengan apa orang kata kerana yang penting niat saya ikhlas dalam menghasilkan sesuatu. Setiap karya yang saya ciptakan dekat di hati kerana ada kaitan dengan kisah peribadi.

“Single Jika Aku Pergi menceritakan tentang sepasang kekasih yang bercinta tetapi kecundang di tengah jalan kerana teman wanitanya tiba-tiba berubah hati dan beralih ke lelaki lain yang jauh lebih kaya dan berjaya dalam hidup.

assdfg

Chazynash turut mengarahkan video muzik single tersebut.

“Namun, bekas teman lelakinya itu tetap mencintai dan merinduinya walaupun telah berpisah dan hanya mampu berdoa serta mengharapkan yang terbaik dari jauh," katanya.

Selain bertindak sebagai penyanyi bersama, Chazy juga turut mencurahkan idea kreatifnya dengan mengarahkan video muzik (MV) single Jika Aku Pergi kerana pengalamannya dalam menghasilkan video-video sebelum ini.

Single berdurasi selama 4:18 minit ini dimulai dengan tempo yang perlahan namun bertenaga dan kemudiannya beralih rancak dengan bunyian ‘trap’ moden yang menghiasi keseluruhan lagu tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain