suria

Fify Azmi tak sangka menang anugerah FFM31, berbaloi potong rambut pendek dalam filem Wira

Fify memotong rambut pendek demi melakonkan watak Zain dalam filem Wira.

BAHARU dua tahun berkecimpung dalam industri seni, pelakon Fify Azmi berjaya melakar sejarah peribadi apabila meraih trofi Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31), malam Jumaat.

Fify atau nama sebenar, Nur Afiqah Mohamed Azmi, 31, menjadikan kemenangan tidak dijangka itu sebagai pembakar semangat buatnya untuk terus berkarya dalam industri seni.

Kata Fify lagi, dia menganggap pengorbanannya memotong rambut pendek watak Zain dalam filem Wira benar-benar membuahkan hasil.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Fify Azmi bukan songsang... mengaku pernah beberapa kali putus cinta - “Mama tahu anak dia ni macam mana”

ARTIKEL BERKAITAN: Fify Azmi bukan punca perpisahan, Rashidi tidak tutup pintu hati untuk Vanidah Imran

df

Fify banyak melakukan kerja di belakang tadbir dan menjadi pengacara sebelum bergelar seorang pelakon.

"Saya baru dua tahun berjinak dalam industri seni, bermula dengan filem Wira. Sebelum ini banyak buat hosting dan kerja di belakang tadbir. Perkara yang paling mencabar ialah apabila saya terpaksa memotong rambut untuk melakonkan watak Zain.

"Sejujurnya saya rasa ia merupakan perkara paling sukar kerana dari dahulu lagi tak pernah berambut pendek. Tetapi sejak shooting filem Wira, saya terpaksa mengorbankan rambut sendiri demi watak tersebut.

"Saya berterima kasih sangat kepada mereka yang memberi peluang kepada saya untuk menempah nama dalam industri seni,” katanya kepada mStar.

Saya memang ingatkan Mimi Lana akan menang kerana bagi saya, dia seorang pelakon yang sangat hebat dan layak untuk menerima anugerah ini.

FIFY AZMI

PELAKON

Fify berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada malam Jumaat.

Dalam pada itu, Fify yang juga bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015 berkata, dia melihat pelakon Mimi Lana sebagai pesaing terdekatnya yang tercalon dalam kategori tersebut.

"Saya memang ingatkan Mimi Lana akan menang kerana bagi saya, dia seorang pelakon yang sangat hebat dan layak untuk menerima anugerah ini.

qwer

Fify kini terlibat dalam sebuah drama aksi arahan Shuhaimi Baba yang berjudul Jefri Zain.

"Saya juga nak ucapkan tahniah kepada mereka yang tercalon kerana semuanya layak untuk membawa pulang anugerah," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fify kini terlibat dengan sebuah drama aksi yang berjudul Jefri Zain arahan Shuhaimi Baba.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain