suria

Anding pegang prinsip ‘perlahan-lahan kayuh’, hampir putus jari hari pertama penggambaran Headhunter 

Segala pengorbanan Anding berbaloi setelah meraih trofi bagi Pelakon Harapan Lelaki FFM31

PERLAHAN-Perlahan kayuh... itu prinsip penyanyi dan pelakon Anding selama 17 tahun bertahan dalam dunia seni ini.

Biarpun sudah melakukan pelbagai pekerjaan lain, namun Anding atau nama sebenarnya Anding Indrawani Zaini, 38, tidak pernah meninggalkan dunia seni sama ada pengacaraan, lakonan atau nyanyian.

ARTIKEL BERKAITAN: Video Seks Mirip Anding Pula Tersebar

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Roh’ Filem Terbaik FFM31, ‘Sangkar’ julang nama Remy Ishak dan Zul Ariffin

fghj

Anding masih bertahan walaupun sudah 17 tahun dalam industri seni.

"Saya jadikan perlahan-perlahan kayuh sebagai prinsip.

"Saya dah cuba pelbagai kerjaya dan tetap akan kembali ke dalam industri seni tak kiralah dalam bidang pengacaraan, lakonan atau nyanyian," katanya kepada mStar.

Anding berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada malam Jumaat.

Filem Headhunter amat mencabar bagi saya sendiri kerana hampir putus jari pada hari pertama penggambaran.

ANDING INDRAWANI

PELAKON

Anding yang merupakan bekas peserta rancangan Akademi Fantasia musim kedua (AF2) berjaya meraih trofi Pelakon Lelaki Harapan bagi filem Headhunter.

Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk membawa pulang sebuah trofi FFM, Anding bersyukur pengorbanan dan kerja keras menjayakan watak dalam filem itu berbaloi.

"Peluang yang diberikan kepada saya ini sesuatu yang saya tak pernah terfikir langsung. Segala pengorbanan yang telah dilakukan semasa penggambaran filem Headhunter sangat berbaloi.

"Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh kru produksi serta barisan pelakon yang telah menjayakan filem ini," katanya.

Berkongsi pengalaman ketika penggambaran Headhunter, Anding berkata jarinya cedera dan terpaksa dijahit pada hari pertama penggambaran.

dfghy

Anding memegang watak sebagai Anang dalam filem Headhunter arahan Badd Badrul.

Filem arahan Badd Badrul itu turut dibintangi oleh beberapa pelakon seperti Chacha Maembong, Ebi Kornelis dan Ahya Rosli.

"Filem Headhunter amat mencabar bagi saya sendiri kerana hampir putus jari pada hari pertama penggambaran. Jari saya terpaksa dijahit akibat daripada kecederaan itu.

"Keesokan harinya ada scene menyelam dalam air dan doktor kata tak perlu buat kerana ia agak berisiko. Tetapi saya buat juga because acting is my passion.

"Selain itu, saya perlu bercakap bahasa Iban di dalam filem ini which is not my first language. Walaupun bangsa Dayak," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain