suria

Bapa pelakon watak gay makin popular, ramai puji wajah tampan dan badan sado seperti Danish Iskandar

Ramai yang tidak tahu Danish Iskandar adalah anak kepada seorang pelakon bernama Burhanuddin.

KETIKA orang ramai sibuk memperkatakan tentang pelakon remaja Danish Iskandar yang terkait dengan lakonan watak gay, bapanya Matz Burhanuddin turut menarik minat netizen kerana memiliki wajah tampan.

Selain memuji wajah kacak, susuk tubuh yang sasa atau soda juga menjadikan Matz atau nama sebenarnya Muhammad Burhanuddin, 43, semakin popular.

Kata Matz, dia mula terkena tempias selepas netizen 'menyiasat' latar belakang Danish Iskandar, 17, yang dikritik ramai kerana didakwa berani menerima tawaran lakonan dalam siri hubungan songsang berjudul Stay Away From Me.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Danish Iskandar rancang ambil tindakan undang-undang dakwa diperdaya syarikat produksi lakonkan watak gay

ARTIKEL BERKAITAN: “Babak dimanipulasi hingga nampak negatif” - Fadzil Zahari siasat individu bocorkan kandungan telefilem LGBT

sdfgh

Muhammad Burhanuddin mula menceburi bidang lakonan sejak 2006.

"Sebenarnya tak ramai yang tahu Danish adalah anak saya, dalam setahun dua ni dia lebih aktif dalam drama berbanding dengan saya.

"Tetapi selepas terjadinya kes ini, barulah mereka tahu yang rupa-rupanya bapa Danish ini adalah seorang pelakon," katanya kepada mStar.

Tambah Matz yang juga seorang pelakon, jumlah pengikutnya di Instagram juga mula bertambah selepas kes membabitkan anaknya menjadi perhatian.

Orang mula stalk saya sehingga jumlah followers naik secara mendadak.

MUHAMMAD BURHANUDDIN

PELAKON & MODEL

"Orang mula stalk saya sehingga jumlah followers naik secara mendadak. Saya banyak habiskan masa bersama Danish, ke mana dia pergi saya ikut dan kami selalu workout bersama-sama," katanya yang turut bertindak sebagai pengurus anaknya itu.

Pelakon dan juga model ini mula berjinak-jinak dalam industri seni secara separuh masa bermula 2006 dan kemudian memberi fokus sepenuhnya pada tahun 2015.

Selain bidang lakonan, Burhanuddin juga menjual produk air secara dalam talian.

Sementara itu apabila ditanya lanjut tentang kontroversi yang berlaku terhadap anaknya, Matz berkata, tiada unsur tema hubungan songsang dikesan ketika menerima skrip dan penerangan daripada pihak produksi.

gthy

Danish Iskandar merupakan anak kepada pelakon Muhammad Burhanuddin.

Tambahnya, mereka juga tidak dimaklumkan tentang kaitan aplikasi Blued iaitu laman sosial untuk komuniti gay atau homoseksual sehinggalah penggambaran tamat.

"Kami sudahpun meneliti skrip sejak daripada hari pertama dan semuanya jelas tiada sebarang unsur yang mencurigakan. Jalan cerita yang diberitahu oleh penerbit juga menggambarkan satu persahabatan yang akrab antara dua individu.

"Kami tiada masalah dengan penceritaannya dan pihak produksi memberitahu yang drama ini akan dipromosikan di aplikasi seperti WeChat.

"Kami tak tahu yang video ini akan dipromosikan di aplikasi Blued sehinggalah hari mereka beri link kepada pelakon untuk membuat promosi aplikasi berkenaan. Kami terkejut dan menolak untuk membuat promosi aplikasi terbabit," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain