suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita bersyukur dapat mentua dari syurga, gadai emas bantu ketika hidup susah... Tak tergamak tengok anak cucu hidup merempat

Setiap daripada kita pastinya memiliki kisah yang tersendiri bersama mentua tidak kira kisah pahit atau manis. -Gambar hiasan AI

SELAIN kisah rumah tangga bergolak, isu membabitkan mentua toksik merupakan antara topik hangat yang sering kali dibincangkan di media sosial.

Bosan dengan naratif negatif tersebut, seorang wanita berkongsi kisah manis mengenai ibu bapa mentuanya yang dianggap sebagai kiriman dari syurga.

Cerita wanita tersebut, ibu mentuanya sering menunjukkan sikap keprihatinan terhadap dirinya walaupun sekadar perkara remeh. 

Mempunyai keluarga mentua yang baik dan penyayang pastinya merupakan impian setiap pasangan suami isteri. -Gambar hiasan AI 

"Saya dah bosan dengan hantaran mentua toksik. Ceritakan kisah mentua dari syurga anda. 

"Mentua pernah beli dua botol air oren Twister lepas tengok saya bancuh air Sunquick kosong," kongsinya di Threads.

Hantaran tersebut kemudiannya tular apabila ramai pengguna berkongsi pengalaman masing-masing tentang keluarga mentua yang baik dan penyayang.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dalam dilema keluarga mentua 6 orang nak tumpang SUV, bukan berkira tapi risau keselamatan perjalanan ke Kelantan

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga mentua ada 3 pembantu rumah, tapi menantu tetap kena masak! Wanita Malaysia tergamam tengok cara hidup biras di Bangladesh

Salah seorang warga maya turut mengimbau kembali detik hitam apabila mengalami kesempitan hidup selepas dia dan suami menjadi mangsa penipuan sehingga keluarganya terputus bekalan makanan.

"Masa kami dalam kesempitan dan ditipu orang pula, kami memang langsung tiada duit nak beli makanan. Isi minyak kereta lagilah tak ada.

"Kami terpaksa pungut sayur-sayuran hutan buat makanan. Tak mengadu dengan sesiapa pun sebab malu," kongsinya mengimbau kenangan pahit tersebut.

  • Kisah mentua toksik lebih banyak dikongsikan berbanding mentua yang bersikap baik dan penyayang terhadap menantu 
  • Seorang wanita berkongsi cerita kesusahan yang pernah dialami bersama suaminya selepas mereka ditipu.
  • Pasangan itu memilih untuk merahsiakan kesusahan tersebut kerana malu dan enggan menyusahkan adik-beradik yang ramai.   
  • Ibu mentua wanita itu kemudiannya sanggup menggadai rantai emas demi membantu mereka meneruskan hidup.   
  • Pasangan tersebut akhirnya berjaya menebus semula rantai emas itu selepas kehidupan mereka kembali pulih.

Ceritanya lagi, cubaan menutup kesusahan dialami akhirnya dihidu ibu mentua yang selepas itu sanggup menggadaikan barang berharganya demi menyelamatkan anak dan menantunya.

"Dia terus gadai rantai emas miliknya dan bagi duit itu dekat suami. Dengan duit itulah kami dapat bertahan selama beberapa bulan," ujarnya.

Berkat doa dan bantuan ibu mentua, wanita itu memberitahu kehidupan mereka kembali pulih dan berasa terhutang budi dengan kebaikan ibu mentuanya.

"Alhamdulillah keadaan kami sudah kembali pulih dan suami pun berjaya tebus serta ganti balik rantai emas yang ibu mentua gadai," kongsinya.

Artikel Lain