suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelukis henna dituduh letak harga tak masuk akal, pelanggan minta ‘rate’ RM50 lukis inai kaki dan tangan - “Kau bukan famous pun!”

Kos lukisan inai bergantung kepada jenis corak dan konsep dimahukan individu. -Gambar hiasan AI

LUKISAN inai cukup sinonim sebagai hiasan dan penyeri yang melengkapkan hari bahagia bakal pengantin.

Cukup sinonim dalam kalangan pengantin wanita, lukisan inai juga boleh menelan cas yang tinggi bergantung kepada corak dan konsep diidamkan.

Namun lain pula ceritanya bagi seorang pelukis henna ini apabila terpaksa berdepan dengan seorang pengantin yang meminta harga terlalu rendah untuk perkhidmatan melukis inai di bahagian tangan dan kaki.

Lukisan inai sering kali menjadi pilihan pengantin wanita pada hari bahagia. -Gambar hiasan AI

Jelasnya, harga yang diminta bukan sahaja tidak masuk akal tetapi corak inai yang diminta juga sarat dan tidak berbaloi dengan harga diminta.

"Merajuk nak pencen la dari bidang pelukis henna, tak sangka melukis inai pun kena ujian dengan tahap kesabaran seorang CEO.

"Kalau korang 'buang' ke harga RM50 tapi corak sampai ke lutut sarat penuh. Lepas ini nak buka kelas mewarna je la," adunya di Threads.

  • Seorang pelukis henna meluahkan rasa kecewa selepas berdepan pelanggan yang meminta harga terlalu murah untuk lukisan inai tangan dan kaki pengantin.
  • Pelanggan terbabit meminta corak inai yang sarat hingga ke bahagian lutut, tetapi hanya menawarkan bayaran RM50.
  • Pelukis henna itu menyifatkan permintaan berkenaan tidak berbaloi dengan masa dan kemahiran  diperlukan untuk menghasilkan corak tersebut.
  • Pelanggan itu menuduhnya mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran mahal, selain mempertikaikan kecantikan seni lukisan serta popularitinya sebagai pelukis henna.

Dalam pada itu, pelukis henna itu turut berkongsi tangkap layar perbualan dengan pelanggannya yang disifatkan sebagai biadab.

Paling membuatkannya terkilan, individu terbabit menuduhnya sebagai penipu dan sengaja mengenakan bayaran mahal untuk mengaut keuntungan mudah.

"Awak buat bisnes kena hormat pelanggan, jangan ambil kesempatan! Inai baru RM10 mark up sampai beratus! Pandai eh menipu orang.

ARTIKEL BERKAITAN: Artis inai terkedu ‘bridesmaid’ datang pakai veil, bersolek sakan mengalahkan raja sehari - “Mati-mati ingat dia pengantin”

ARTIKEL BERKAITAN: Inai buruk seperti lukisan budak, pengantin nyaris naik angin - “Corak daun jadi sabit, pintal-pintal macam telur berudu”

"Tak halal duit yang kau ambil daripada orang. Lukisan inai awak itu pun bukan cantik mana, biasa je aku tengok. Famous pun tak, ada hati nak cas beratus," herdik pelanggan terbabit kepadanya.

Enggan meneruskan perbalahan, pelukis henaa itu tegas menolak tempahan wanita terbabit ekoran bayaran yang tidak masuk akal.

Sama sekali tidak berniat untuk menghina, dia turut terbuka sekiranya individu terbabit pergi mendapatkan khidmat pelukis henna lain untuk majlis perkahwinannya.

Artikel Lain