BERCUTI bersama keluarga sepatutnya menjadi pengalaman menyeronokkan buat sesiapa sahaja kerana dapat meluangkan masa bersama insan tersayang selepas sibuk dengan rutin harian.Bagaimanapun, keterujaan seorang wanita untuk menghadiri hari keluarga di Pantai Timur bertukar dilema apabila keluarga mentuanya menyuarakan hasrat untuk menumpang kenderaannya. Meluahkan kesulitan tersebut, ujarnya, jauh di sudut hati dia ingin membantu, namun perjalanan yang jauh akan menjadi kurang selesa memandangkan jumlah ahli keluarga yang bakal menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) miliknya, mencecah 10 orang.Perbincangan dan perancangan yang teliti perlu dilakukan sebelum memulakan perjalanan jauh. -Gambar hiasan AI"Tak lama lagi saya nak pergi bercuti di Pantai Timur, ada hari keluarga, tapi keluarga ipar nak tumpang."Dia dengan anak-beranak dia saja dah enam orang. Saya anak-beranak empat orang, boleh bayang tak sempitnya nanti macam mana," luahnya di Threads.Pada masa sama, dia turut mengakui rasa bimbang jika semua penumpang berasa kurang selesa dan terpaksa berhimpit kerana terlebih 'muatan', di samping barangan yang perlu dibawa.Seorang wanita meluahkan rasa serba salah apabila keluarga iparnya yang terdiri daripada enam orang mahu menumpang SUV miliknya untuk menghadiri hari keluarga di Pantai Timur.Wanita itu bimbang jumlah keseluruhan 10 penumpang termasuk empat ahli keluarganya sendiri menyebabkan keadaan terlalu sesak dan tidak selesa sepanjang perjalanan.Perjalanan jauh dari Negeri Sembilan ke Kelantan turut menimbulkan kebimbangan dari segi keselamatan, terutama jika berlaku kemalangan akibat membawa penumpang melebihi kapasiti kenderaan.Lebih membuatkannya dilema, keluarga ipar sebenarnya mempunyai kereta sendiri, namun kenderaan tersebut dikatakan agak uzur sehingga mereka mahu menumpang.Rata-rata netizen menasihatinya supaya berani menolak permintaan berkenaan demi keselamatan dan keselesaan keluarga sendiri, bukannya terlalu menjaga hati orang lain.Ringkasan ini dijana oleh AILebih merisaukan, perjalanan dari Negeri Sembilan ke Kelantan mengambil masa beberapa jam, sekali gus menyebabkan dia semakin berat hati untuk memenuhi permintaan tersebut kerana bimbang akan isu keselamatan sekiranya berlaku kemalangan.Tambahan pula, keluarga iparnya mempunyai kenderaan sendiri."Mereka ada kereta cuma mungkin agak uzur sikit, jadi tak tahu macam mana nak tolak permintaan tu," luahnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: “Aku tinggal dia dekat Batu Caves!” - Pemuda penat memandu dari Kelantan ke Gombak hilang sabar, kawan menumpang berlagak bosARTIKEL BERKAITAN: Wanita rasa terhina, ‘sek kito’ hulur RM5 lepas tumpang kereta dari KL balik Kelantan - “Dah la saya seorang memandu 10 jam”Perkongsiannya itu mendapat perhatian warga maya apabila meraih ratusan tanda suka dan komen, dengan ramai tertarik terhadap dilema dihadapinya."Melampau kalau 10 orang dalam SUV, dengan barang-barang lagi. Ini kalau kemalangan berlaku, orang salahkan pemilik je sebab bawa lebih muatan."Katakan tidak dan jangan jadi people pleaser, utamakan keselesaan keluarga sendiri," demikian reaksi netizen.