Sebarang masalah atau isu berbangkit perlu dibincangkan sesama ahli keluarga untuk mengelakkan konflik berpanjangan. -Gambar hiasan AI
ALAM persaraan sepatutnya menjadi fasa kehidupan yang lebih tenang selepas bertahun-tahun bekerja mencari rezeki.Namun tidak semua orang mampu menikmati tempoh itu dengan hati yang lapang, apatah lagi apabila timbul kebimbangan mengenai perancangan kewangan selepas bersara. Lebih merumitkan keadaan apabila tekanan yang dirasai turut mempengaruhi hubungan dengan ahli keluarga sehingga perkara kecil di rumah boleh mencetuskan pertengakaran.Itulah yang dilalui seorang individu apabila meluahkan rasa hairan dengan sikap ibunya yang didakwa semakin baran sejak pencen.Alam persaraan sewajarnya dinikmati dengan menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga. -Gambar hiasan AI"Ayah saya ada pencen bulanan manakala mak hanya ada duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), RM1.5 juta."Sejak pencen, dia hanya keluarkan duit KWSP setiap bulan untuk belanja bulanan dia. Hari-hari dia stres sebab dia kata duit dia sangat terhad dan dia tak dapat berbelanja dengan senang hati," luahnya.ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 30 tahun anak sabar dengan ibu bapa toksik! Cucu nazak tak ziarah, lepas meninggal jadi orang terpaling sedihARTIKEL BERKAITAN: Dapat kerja tapi ibu tuduh sombong, tak bangga sebab anak kesayangan gagal temuduga- “Kesian dekat along”Keadaan itu membuatkan individu berkenaan tertanya-tanya sama ada simpanan mencecah tujuh angka itu masih tidak mencukupi untuk menampung kehidupan selepas bersara.Malah, dia menjelaskan adik-beradik lain tidak pernah meminta wang daripada ibu mereka, kecuali masih menanggung dua orang adiknya yang masih melanjutkan pelajaran.Seorang individu hairan dengan sikap ibunya yang semakin kerap mengamuk sejak bersara.Ibunya mempunyai simpanan KWSP sebanyak RM1.5 juta tetapi sering merungut wang semakin terhad untuk perbelanjaan bulanan.Dia mendakwa ibunya mudah melenting dan stres jika sesuatu tidak kena di matanya.Menurutnya, sikap panas baran ibunya sudah wujud sejak dia dan adik-beradik masih kecil.Netizen mencadangkan wanita itu dan adik-beradik yang sudah dewasa berbincang serta menegur ibu mereka secara baik.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dia stres, apa pun dia buat dekat rumah, dia terjerit-jerit. Benda yang nampak tak okay dekat mata dia, terus dia mengamuk."Perangai mengamuk itu memang dari kami adik-beradik kecil lagi. Rasanya dia tak akan berubah sebab memang dari dia muda macam tu," kongsinya.Perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi, dengan ada yang berpendapat individu itu dan adik-beradik yang sudah dewasa perlu berbincang secara baik dengan ibu mereka mengenai perkara tersebut.Meskipun bukan mudah untuk menegur ibu sendiri, namun netizen berpandangan komunikasi secara terbuka dapat membantu mengurangkan ketegangan dalam keluarga.