KEINGINAN seorang anak untuk memiliki iPhone 17 Pro (iP17 Pro) tidak kesampaian apabila hasratnya itu dibantah oleh ibu saudaranya yang mendapat tahu hasrat tersebut.Bukan mahu mematahkan impian anak buahnya sendiri, wanita itu menjelaskan dia kurang senang kerana remaja berkenaan meminta bapanya menambah RM2,500 untuk membeli peranti berkenaan. Jelasnya, memikirkan keadaan kewangan ibu bapa remaja berkenaan, dia meminta anak saudaranya melupakan hasrat tersebut atau berusaha sendiri mengumpul wang membeli telefon."Kakak ipar aku mengadu yang anak dia nak beli iP17 Pro, dia ada RM2,500 dan minta ayah dia tambah lebih RM2,500."Aku kurang gemar dengar perkara macam ini lepas tahu yang mak ayah dia baru nak pulihkan kewangan sebab biras tak kerja selama setahun akibat leukaemia," ujarnya di Threads.Anak-anak perlu mengetahui kesusahan ibu bapa mereka. -Gambar hiasan AIJelasnya, golongan remaja tidak mempunyai keperluan untuk memiliki model terkini apa jua jenis peranti apatah lagi mereka bukan datang dari keluarga berada.Malah katanya, anak-anak patut menyedari kesukaran dan kesulitan yang dialami ibu bapa mereka dan bukannya semua kehendak mereka dipenuhi."Aku bukan nak merendahkan tapi aku nak dia sedar yang mak ayah dia tak mampu sebab dia tak nampak apa mak ayah dia lalui."Aku siap cakap, awak bukan dari keluarga senang, kesian umi abah, acik pun pernah di usia awak dan perangai macam awak tapi kalau nak sesuatu yang mahal kena usaha.Seorang remaja mahu membeli iPhone 17 Pro menggunakan wang RM2,500 miliknya dan meminta bapanya menambah lebih RM2,500 lagi.Permintaan itu mengundang teguran ibu saudaranya kerana kewangan keluarga baru hendak pulih selepas bapanya tidak bekerja selama setahun akibat leukemia.Wanita tersebut menasihati anak buahnya supaya berbelanja mengikut kemampuan dan memahami kesusahan ibu bapa.Dia turut mengingatkan bahawa keinginan memiliki barangan mahal perlu disertai usaha, namun tegurannya menyebabkan anak buah merajuk.Rata-rata netizen bersetuju dengan teguran itu dan berpendapat ibu bapa perlu menetapkan batas terhadap permintaan mahal anak-anak.Ringkasan ini dijana oleh AI"Mak ayah tak kejam, kalau awak cemerlang dalam akademik dan sukan tak apalah, memang suka rela nak tawarkan tapi acik tak nampak awak cemerlang dalam pelajaran pun," ujarnya berkongsi antara leteran yang diberikan kepada anak saudaranya.Ceritanya lagi, teguran panjang lebar itu bagaimanapun berakhir dengan anak buahnya merajuk.Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya bersetuju dengan tindakan yang dilakukannya.ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu mak ayah susah hati, pemuda hidap HIV simpan rahsia hampir 10 tahun - “Ini kesilapan aku sendiri”ARTIKEL BERKAITAN: “Daripada buang, baik bagi orang” - Minta iPhone tak dapat, adik tergamak ’sedekah’ telefon pemberian kakak kepada kawan"Amboi, aku yang bergaji ni pun masih bertahan dengan iP14 walaupun statistik bateri dah 76 peratus je."Sepatutnya mak ayah jangan layan permintaan tak masuk akal anak-anak, jelaskan kalau dia berkehendak, dia kena kerja cari duit sendiri."Pelik kenapa anak-anak sekarang tak ada rasa untuk tak mahu susahkan mak ayah mereka, senang-senang minta RM2,500 macam minta RM2.50," demikian reaksi netizen.