suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak mahu mak ayah susah hati, pemuda hidap HIV simpan rahsia hampir 10 tahun - “Ini kesilapan aku sendiri”

Penghidap HIV boleh menjalani kehidupan seperti biasa jika mereka mendapatkan rawatan sepatutnya. -Gambar hiasan AI

HIDUP sebagai individu yang menghidap HIV bukanlah  mudah, terutama apabila masih wujud stigma dan salah faham terhadap golongan itu.

Walaupun ramai penghidap HIV mampu menjalani kehidupan normal dengan rawatan konsisten, ramai yang memilih untuk menyembunyikan status kesihatan mereka.

Begitulah kisahnya mengenai seorang pemuda yang sudah hampir lapan tahun hidup dengan HIV, namun sehingga kini masih merahsiakan perkara itu daripada ahli keluarganya.

Mendekatkan diri dengan Allah merupakan salah satu cara untuk mencari ketenangan selepas dilanda ujian berat dalam hidup. -Gambar hiasan AI

"Perkara paling teruk yang berlaku adalah aku didiagnosis dengan HIV. Hidup dengan merahsiakan status ini daripada semua orang. 

"Seorang pun ahli keluarga tak tahu kerana aku malu. Aku juga tak nak membebankan ibu bapa dan tak nak mereka tanya macam-macam soalan. 

"Jadi aku pilih untuk berdiam diri dan hadapinya seorang diri," luahnya menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

  • Seorang penghidap HIV tular selepas berkongsi kisah hidupnya di Threads.
  • Dia mengakui sudah lapan tahu merahsiakan status kesihatan daripada keluarganya.
  • Dia memilih untuk mendiamkan diri kerana tidak mahu menyebabkan ibu bapanya susah hati.
  • Ramai netizen di Threads meninggalkan doa serta kata-kata semangat buat pemuda itu.

Menurut pemuda itu lagi, dia juga reda dengan nasib yang menimpa, malah menganggap ia sebagai satu pengajaran dalam kehidupan.

"Ini kesilapan aku sendiri. Tak mengapalah, aku reda. Hanya beberapa kawan karib saja tahu tentang hal ini, mereka tak menghakimi walaupun tahu.

"Walaupun masih ada yang memandang serong terhadap penghidap HIV, aku dah mencapai status U=U (Undetectable = Untransmittable) hampir lapan tahun. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Sebelum ini cuma ringan-ringan” - Doktor dedah kisah malang pemuda 23 tahun positif HIV lepas ‘celup’ gadis aplikasi janji temu

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor terkejut remaja kena HIV umur 15 tahun tak insaf, makin ligat seks songsang - “Datang dengan cecair putih di penis”

"Sihat, insya-Allah, doakan aku kuat," ujar pemuda itu lagi.

Rata-rata netizen turut meninggalkan komen positif pada hantaran itu dan mendoakan pemuda tersebut terus kuat menjalani kehidupannya.

"Yang penting awak sihat, konsisten dengan rawatan, dan dah capai U=U.

"Bang, saya doakan abg dipermudahkan urusan dunia akhirat. Semoga tabah bang," tulis netizen.

Artikel Lain