Sebagai seorang anak, adalah penting untuk menasihatkan orang tua mereka mengenai risiko berhutang agar tidak terjerumus dalam masalah kewangan yang lebih serius pada masa hadapan. -Gambar hiasan AI
MENJADI anak sulung sering kali hadir bersama tanggungjawab yang besar. Dalam waktu mahu merencana masa depan sendiri, ada juga terpaksa memikul beban emosi apabila berdepan masalah keluarga yang tidak dijangka. Lebih menyedihkan apabila individu yang sepatutnya menjadi tempat bergantung harap, rupa-rupanya 'pencetus' masalah sehingga menimbulkan kebimbangan anak-anak.Demikian luahan seorang gadis yang luluh selepas mengetahui bapanya 'terbelit' dengan pelbagai pinjaman peribadi, termasuk hutang dibuat atas dasar mahu membantu rakan.ARTIKEL BERKAITAN: Bapa kerja ‘gomen‘ pangkat tinggi asyik tiada duit, rupanya ‘bergelut‘ beli rumah untuk 5 anak! Akhirnya nama masuk AKPKARTIKEL BERKAITAN: “Ayah guna bayar hutang ya” - Pelajar buat ramai menangis serah wang RM500 kepada bapa, influencer Boss A turut sumbang komputer ribaMenurut gadis itu, dia secara tidak sengaja mengetahui perkara tersebut selepas memeriksa aplikasi WhatsApp milik bapanya."Tadi aku check WhatsApp ayah aku. Weyh, kawan ayah aku buat loan motor guna nama dia, RM5,000."Dah tiga bulan tertunggak. Nak menangis! Lepas tu ayah aku banyak buat loan wey!" luahnya.Sebagai anak sulung perempuan yang bakal melanjutkan pengajian, dia berasa tertekan memikirkan kemungkinan masalah kewangan bapanya akan memberi kesan kepada kehidupannya pada masa akan datang.Ramai warga emas terjerat dengan masalah hutang kerana kurang memahami risiko komitmen kewangan yang diambil. -Gambar hiasan AI"Aku ni dah lah sulung perempuan. Baru nak masuk belajar."Ya Allah takkan nanti hidup aku nak kena bayar hutang bapa aku je... dah lah banyak. Ya Allah luluhnya hati aku," katanya lagi.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi warga maya, dengan ramai bersimpati terhadap nasib gadis berkenaan.Bagaimanapun netizen menasihatinya supaya mendapatkan gambaran sebenar mengenai kedudukan kewangan bapanya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan.Seorag gadis sedih dan kecewa selepas dapat tahu bapanya terbelit pelbagai pinjaman.Dia dapat tahu lepas periksa telefon bimbit ayahnya.Ayahnya turut jadi penjamin rakan untuk pinjaman motor.Dia bimbang memikirkan masa depan disebabkan tindakan ayahnya itu.Netizen minta gadis irtu bertegas agar bapanya tidak terus terjerat hutang.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam pada itu, ada berpendapat supaya gadis itu bertegas dengan bapanya agar tidak lagi menjadi penjamin atau menambah pinjaman baharu kerana tindakan tersebut boleh mengundang masalah kewangan lebih parah."Boleh suggest pada ayah untuk buat pembatalan hutang."Persoalannya, kenapa baik sangat bagi pinjam nama untuk kawan buat loan? "Biar ayah kau blacklist atau muflis. Dia dah tua, kau tak payah bayarkan," demikian antara komen netizen.