Segelintir individu berhadapan dengan masalah kewangan sehingga terpaksa hidup dalam kegelapan. -Gambar hiasan AI
SELAKU ketua keluarga, seorang bapa pastinya sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan kelangsungan hidup dan keselesaan anak-anak tercinta.Namun, ujian hidup yang datang melanda bertubi-tubi adakalanya mampu meruntuhkan jiwa tabah mereka. Begitulah kisah pilu yang dikongsikan seorang bapa apabila dia diuji dengan kesulitan hidup yang amat berat dalam tempoh satu hari sahaja akibat dihimpit masalah kewangan.Lelaki yang menetap di Alor Setar, Kedah itu menceritakan, detik hitam dalam hidupnya itu bermula apabila kereta miliknya disita dan ditarik pihak bank.Segelintir golongan peniaga sering dikaitkan dengan masalah kewangan. -Gambar hiasan AI"Kereta aku kena tarik, repo (ejen perolehan semula) datang cara baik dan terangkan tentang isu tu, aku diam tak berani membantah sebab aku salah."Aku sempat hubungi bank untuk dapatkan kepastian dan tanya dekat mana stor simpanan. Cuma satu hal yang pasti, aku tak akan dapat balik kereta tu, mustahil," luahnya di Thread.Dia yang juga seorang peniaga turut meluahkan rasa sedih dan kecewa kerana satu-satunya kenderaan dimiliki itu digunakan untuk mencari rezeki dan membawa anak ke sekolah.Lebih menambah rasa pilu, dia turut menyatakan 'kehilangan' tersebut akibat kebodohannya sehingga menyukarkan pelbagai perkara.Kereta milik lelaki itu ditarik pihak bank kerana masalah kewangan.Kenderaan tersebut digunakan untuk berniaga dan menghantar anak ke sekolah.Dia berjalan kaki kira-kira lapan kilometer untuk pulang ke rumah selepas kereta ditarik.Setibanya di rumah, dia dimaklumkan bekalan elektrik dipotong oleh TNB.Perkongsiannya mengundang simpati netizen yang turut mendoakan urusannya dipermudahkan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Hilang akibat bodohnya aku. Selesai kemaskan barang-barang, repo tanya aku balik naik apa. Aku jawab... pandailah abang. Aku jawab tu sambil pandang kereta kali terakhir... Allahuakbar, sedihnya aku."Aku jalan kaki balik dan sepanjang perjalanan aku melara nasib," luahnya yang berjalan kaki kira-kira lapan kilometer sebelum tiba di rumah.Menurut lelaki ini, perkara yang lebih menyedihkan adalah anak-anak berada dalam kegelapan di rumah."Anak maklumkan yang pihak TNB (Tenaga Nasional Berhad) potong api lepas aku hantar anak balik dari sekolah.ARTIKEL BERKAITAN: Bapa kerja ‘gomen‘ pangkat tinggi asyik tiada duit, rupanya ‘bergelut‘ beli rumah untuk 5 anak! Akhirnya nama masuk AKPKARTIKEL BERKAITAN: Ayah ‘meratib’ tak mahu mati di rumah sewa, mak pula suruh buat ‘loan’ beli perabot... Gadis umur 23 kini tanggung hutang RM1 juta!"Aku tanya kenapa mereka tak hubungi, katanya sebab data dah habis. Di tangan aku sekarang sekadar cukup untuk makan sehari dua," tambahnya mengadu nasib.Mengakui cuba meminta bantuan rakan, namun malangnya usaha tersebut tidak berjaya.Hantarannya itu mengundang perhatian warga maya yang rata-rata bersimpati dengan nasib dialami."Aku faham bang sebab aku lalui ujian sama, aku doakan Allah mudahkan urusan kau."Sedih betul hidup sekarang ni, memang ramai yang tengah susah," demikian reaksi netizen.