SETIAP pasangan pasti mengimpikan kediaman yang selesa untuk membina kehidupan berkeluarga.Namun realitinya, tidak semua mampu memenuhi impian tersebut sebagaimana situasi dialami seorang pengadu di Facebook Permasalahan Kes Di Mahkamah Syariah. Meluahkan perasaan, ujarnya, dia hanya mampu menyediakan sebuah rumah flat kos rendah sebagai tempat tinggal buat isteri dan anak-anak mereka.Tidak berpuas hati dengan keadaan flat berkenaan, sang isteri memilih untuk tinggal berasingan di rumah yang dibeli sendiri tanpa persetujuannya.Pengurusan kewangan perlu mengikut pendapatan bulanan. -Gambar hiasan"Saya hanya mampu menyediakan tempat tinggal rumah flat kos rendah tapi isteri merentan mahukan rumah besar."Jadi dia beli sebuah rumah semi-D di negeri kelahirannya tanpa persetujuan saya disebabkan pangkat dan gajinya yang besar, lebih tinggi daripada saya," luahnya sayu.Mengakui kecewa dan sedih dengan tindakan melulu si isteri, lelaki ini turut meluahkan kebimbangan sekiranya dia didakwa tidak memberi nafkah terhadap keluarga.Tambahan pula, isterinya kini tidak lagi pulang ke rumah yang disediakan dan lebih selesa menetap di kediaman baharu tersebut, menyebabkan mereka hidup berjauhan.Suami hanya mampu sediakan rumah flat kos rendah untuk isteri dan anak-anak.Isteri beli rumah semi-D sendiri tanpa persetujuan suami kerana tidak puas hati dengan kediaman disediakan.Isteri kini tinggal berasingan dan menuntut suami terus menyara dirinya serta anak-anak.Suami bimbang dituduh culas nafkah walaupun sudah menyediakan tempat tinggal, makanan dan pakaian mengikut kemampuan.Ramai netizen menasihatkannya mendapatkan perintah taat atau memfailkan tuntutan nusyuz di mahkamah.Ringkasan ini dijana oleh AI"Sekarang dia tak balik kerumah saya sebab kecil, lebih selesa tinggal di rumah baru dia. Tapi dia tuntut saya sara dia dan anak-anak di negeri yang jauh dari rumah dan tempat kerja saya."Jika saya sediakan makanan, pakaian, tempat tinggal di rumah flat... adakah saya perlu sediakan nafkah untuk luar dari rumah saya itu," ajunya yang buntu dengan situasi berlaku.Pada masa sama, dia turut menyatakan tidak mampu menyara kehidupan isteri mengikut kemahuan wanita itu.Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi warga maya yang kebanyakannya bersimpati dengan nasib dialami.ARTIKEL BERKAITAN: Gaji suami RM3,500, isteri merengek nak rumah 'landed' 580K! Pakar buat kiraan, ramal apa berlaku jika keinginan diturutiARTIKEL BERKAITAN: Impian wanita miliki 6 chalet, tunggakan nafkah 50K berkecai! Bekas suami berjaya buktikan nusyuz lepas 3 tahun berjuangTidak kurang juga memintanya mendapatkan 'perintah taat' daripada mahkamah supaya isteri dan anak-anak kembali ke pangkuannya berikutan nafkah disediakan sebagaimana kemampuan."Buat perintah taat agar isteri balik, kalau dia tidak mahu teruskan dengan nusyuz sebab kalau nusyuz, isteri tak layak tuntut apa-apa."Jika suami telah sediakan tempat tinggal, makan dan pakaian, maka suami telah menjalankan tangunjawab sebagai suami."Isteri tidak mahu duduk bersama suami, gugurlah nafkah terhadap isteri," demikian reaksi netizen.