PARA petugas kesihatan, terutamanya yang berkhidmat di hospital kerajaan sememangnya berdepan cabaran amat besar dalam mengendalikan jumlah lambakan pesakit setiap hari.Menurut seorang doktor wanita, tuntutan tugas yang terlampau kritikal adakalanya memaksa dia dan rakan sekerja berdepan dilema sehinggakan pernah terlepas waktu solat demi menyelamatkan nyawa manusia."Dark side kerja sebagai doktor di jabatan kecemasan (ED) yang sibuk (ialah) terlepas waktu solat.Jumlah pesakit yang ramai menyebabkan doktor terpaksa bekerja lebih masa. -Gambar hiasan AI "Saya pandang rakan sekerja dan kami berdua tahu perlu qada solat Asar dan Maghrib apabila menunaikan solat Isyak nanti."Macam mana nak tinggalkan zon klinikal kalau seorang demi seorang pesakit kritikal masuk," luahnya menerusi Threads.Mengulas lanjut tentang situasi getir di zon merah itu, dia berkongsi gambaran situasi di mana kes-kes kritikal seperti kanak-kanak diserang sawan, warga emas sesak nafas, serta pesakit yang mengalami renjatan (shock) datang bertali arus tanpa mengira masa.Seorang doktor tular selepas berkongsi realiti perit pekerjaannya.Doktor itu mendakwa pernah terlepas solat gara-gara terlalu sibuk.Seorang lagi doktor mengakui turut berdepan situasi sama sehingga terpaksa mengubah tempat kerjanya.Netizen Threads zahirkan penghargaan atas jasa besar doktor yang sentiasa berkorban demi masyarakat.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian jujur itu nyata membuka ruang hantaran tersebut dipenuhi coretan pengalaman serupa.Seorang lagi doktor mendedahkan di ruangan komen bahawa fasa gelap itu jugalah yang akhirnya membuatkan dia mengambil keputusan untuk menukar haluan kerjayanya."Semasa jadi pegawai perubatan (MO) pembedahan, jika kes trauma datang bertalu-talu, ada kalanya saya terlepas kelima-lima waktu solat. "Qada solat pula rasa macam solat tarawih 20 rakaat, itu belum termasuk solat taubat. Kini, saya bersyukur kerja sebagai doktor am (GP).ARTIKEL BERKAITAN: “Sebelum ini cuma ringan-ringan” - Doktor dedah kisah malang pemuda 23 tahun positif HIV lepas ‘celup’ gadis aplikasi janji temuARTIKEL BERKAITAN: Doktor hampir hilang sabar layan Gen Z, sihat walafiat tapi berani minta MC 3 hari! Makin geram dengar alasan budak sekolah"Sekarang Allah bagi peluang untuk saya perbaiki diri. Malah, saya menyediakan surau di klinik bagi memastikan saya dan kakitangan tidak terlepas solat," kongsinya pula.Di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan penghargaan buat golongan doktor, jururawat serta kakitangan hospital yang sentiasa bertungkus lumus menyelamatkan nyawa pesakit."Semoga Allah balas segala usaha anda. Inilah antara realiti petugas barisan hadapan yang tidak ramai orang nampak."Moga Allah memberi keampunan dan mengangkat darjat doktor," tulis beberapa netizen.